Siakap Keli
kucing dah pupus
Gambar: BERNAMA

Apa Jadi Kepada Dunia Kalau Semua Kucing Dah Pupus? Tak Sangka Sedahsyat Ini

Apa Jadi Kepada Dunia Kalau Semua Kucing Dah Pupus? Tak Sangka Sedahsyat Ini

Mungkin topik kali ini agak berbeza sedikit, tapi ia sebenarnya menarik untuk kita fikirkan. Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat disukai ramai orang kerana sifat mereka yang comel, manja, dan berperwatakan hebat. 

Malah, ramai yang menganggap kucing sebagai teman rapat mereka. Namun, pernahkah kita terfikir, bolehkah manusia menjalani kehidupan tanpa ada kucing langsung? Dan apa yang akan berlaku kepada dunia jika kucing pupus?

Dalam artikel ini, min akan menghuraikan secara ringkas berdasarkan beberapa sumber yang relevan.

Impak Kehidupan Tanpa Kucing Atau Kucing Peliharaan

Bagi pencinta kucing, tentu ini satu mimpi ngeri. Tapi bagi yang tak gemar kucing, mungkin tiada masalah. Namun, menurut pakar, kalau semua kucing di dunia tiba-tiba lenyap, boleh huru-hara jadinya!

Kucing, sama ada peliharaan atau liar, sebenarnya adalah pemburu yang sangat cekap. Menurut Alan Beck, profesor perubatan veterinar di Purdue University, kucing memburu haiwan kecil seperti tikus, dan ini penting untuk menjaga keseimbangan ekosistem. Buktinya di India, kucing dikatakan membantu mengurangkan kerugian hasil pertanian akibat tikus yang mencemari atau memakan bijirin.

Tanpa kucing, populasi tikus boleh melonjak. Kajian di Britain pada 1997 pula menunjukkan seekor kucing peliharaan memburu lebih 11 haiwan seperti tikus, katak dan burung dalam masa 6 bulan. Dengan 9 juta kucing di Britain, ini bermakna hampir 200 juta haiwan kecil dibendung setiap tahun! Satu lagi kajian di New Zealand pada 1979 mendapati bila kucing dihapuskan dari sebuah pulau kecil di sana, populasi tikus di pulau itu meningkat empat kali ganda.

Dan bila populasi tikus meningkat, ia akan menyebabkan masalah ekologi lain. Di pulau yang sama, populasi burung laut yang telurnya dimakan tikus menurun dengan ketara. Jika 220 juta kucing di dunia mati sekaligus, kemungkinan besar populasi burung akan berkurangan, manakala haiwan pemangsa lain yang memburu tikus pula akan bertambah.

Selain impak ekologi, kehilangan kucing juga akan memberi kesan emosi kepada manusia. Walaupun ada segelintir daripada kita membela anjing, jumlah kucing peliharaan sebenarnya lebih banyak kerana pemilik kucing biasanya memelihara lebih daripada seekor. Kucing disukai kerana sifat mereka yang comel, mudah dijaga, dan rupa mereka yang seperti anak kecil.

Jadi, kucing mungkin nampak “santai,” tapi sebenarnya peranan mereka sangat penting! Jika kucing pupus, impaknya bukan saja pada ekosistem, tapi juga kepada manusia dan ekonomi global.

Dah nampak betapa dahsyatnya jika kehidupan kita tanpa kucing kan? Tanpa disangka, kucing yang hari-hari jadi peneman kita boleh bawa impak besar kepada kehidupan seluruh ekosistem.

Jadi, sebab itulah pentingnya kita pelihara kucing dengan sebaik-baiknya. Salah satu aspek penting ialah dari segi pemakanan, untuk memastikan mereka tidak mudah sakit atau lebih teruk, menjadi punca kepada kematian. 

Tak semua makanan sesuai untuk kucing kerana sistem pencernaan mereka berbeza daripada manusia. Oleh itu, sebagai pemilik kucing, kita harus memilih makanan yang tepat.

ProDiet Pilihan Terbaik Untuk Si Bulus?

Bukan nak kata apa, salah satu pilihan terbaik untuk kucing peliharaan kita ialah ProDiet, kerana ia direka khas untuk memastikan kesihatan optimum si bulus. Ditubuhkan pada tahun 2006, ProDiet merupakan pembekal makanan kucing yang cukup dikenali di seluruh Malaysia.

Kini, dengan tagline “Purr-ut Sihat, Si Comel Gembira” produk ini memperkenalkan 4 formula yang telah dipertingkatkan bagi memastikan si bulus merasa lebih ringan dan ceria selepas menikmati ProDiet yang membantu meningkatkan daya penghadaman. 

Macam ni barulah pilihan utama! Tapi, apa formula yang telah dipertingkatkan tu? Ditambah pula dengan teknologi ProCare™, berikut adalah beberapa formula berserta bukti mengapa ProDiet patut menjadi pilihan utama:

  • ProCare™ Technology
    ProDiet menggunakan teknologi ProCare™ dengan PEPTIDEs yang mengandungi molekul asid amino yang 30 kali lebih kecil (<6.5kDa). Ini meningkatkan tahap penghadaman protein sebanyak 8.5%, menjadikan kucing kita lebih sihat dan bertenaga.
  • Pencernaan yang Lebih Baik
    Dengan molekul yang lebih kecil, ProDiet mengurangkan beban pada sistem pencernaan kucing kita, membolehkan proses penghadaman berlaku dengan lebih cepat dan efisien. Ini meningkatkan penyerapan nutrien oleh kucing kita.
  • Pemakanan Seimbang
    ProDiet kaya dengan semua nutrien penting yang diperlukan untuk kesihatan menyeluruh, memastikan diet yang seimbang dan lengkap untuk kesejahteraan si bulus.
  • Keselesaan dan Tenaga
    Dengan mengurangkan tekanan pada sistem pencernaan, ProDiet membantu kucing kita kekal sihat dan aktif sepanjang hari.

Kini, formula-formula ini telah digunakan untuk semua siri kering (dry series) ProDiet untuk semua peringkat umur kucing, termasuk anak kucing, kucing dewasa, dan kucing tua. Menariknya, ProDiet juga telah memperkenalkan siri beras perang yang baru mengandungi Low Sodium Formula dan Low Glycemic Index (GI)! Antara siri baru tersebut ialah:

  • ProDiet Tuna & Brown Rice 1.2kg
  • ProDiet Salmon & Brown Rice 1.2kg
  • ProDiet Chicken & Brown Rice 1.2kg

Sebagai pemilik kucing, kita harus sedar bahawa pemakanan yang betul sangat penting untuk kesihatan pencernaan mereka. Dengan memberi makanan yang lebih mudah dihadam seperti ProDiet, si bulus akan dapat menyerap lebih banyak nutrien dan kekal aktif serta bertenaga sepanjang hari. Dah tahu kan apa impak jika kucing pupus, jadi sementara kita masih ada kucing peliharaan, jaga mereka dengan baik!

Jom dapatkan ProDiet untuk si bulus kesayangan kita hari ini! Klik sini untuk maklumat lanjut.

Adib Mohd