Siakap Keli
Rendang Ayam Klasik
Kredit: Facebook Syalfarina Razali

Wanita Kongsi Resipi Arwah Nenek, Rendang Ayam Klasik Pikat Selera

Wanita Kongsi Resipi Arwah Nenek, Rendang Ayam Klasik Pikat Selera

Selain menjadi hidangan wajib di Hari Raya, rendang ayam sebenarnya disukai ramai tanpa mengira musim.

Rasanya yang kaya dan aromanya yang memikat membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk menikmatinya.

Namun, ramai yang teragak-agak untuk mencubanya sendiri di rumah.

Ada yang risau rendang tak menjadi, ada pula yang takut rasa tak kena dengan selera, atau bimbang kerana cara memasaknya rumit dan mengambil masa lama.

Tapi, jangan risau, memasak rendang ayam sebenarnya tak sesukar yang disangka.

Hari ini, kami akan kongsikan resepi rendang ayam klasik yang mudah dan sedap, sesuai untuk anda cuba di rumah.

Resepi ini dikongsikan oleh pengguna Facebook, Syalfarina Razali, dan telah mendapat banyak pujian daripada mereka yang mencubanya.

https://www.facebook.com/100010685416963/posts/2092971944402299/?mibextid=WC7FNe&rdid=IBiTNj1nTDBtJO0C

Resipi Rendang ayam klasik arwah nenek aku.

Honestly, ni resepi kami, cara kami. Kalau nak rasalah macam mana rendang nenek aku dedulu yang anak cucu makan sampai habis periuk.

Tak complicated untuk yang kali ni aku buat. Sebab aku lupa nak beli biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang belum dikisar untuk disangai. Kalau ikut cara nenek aku semua rempah tu akan disangai dulu dan di blend bersama bawang.

1. 1 ekor ayam saiz sederhana. Goreng separuh masak ye, jangan goreng sampai keras

2. 4 biji bawang besar saiz sederhana, 7 biji bawang putih, seinci halia, seinci lengkuas, 5 batang serai, dan 2 inci kunyit. Semua di blend.

3. Dengan menggunakan minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan blend tadi semua sampai naik bau.
4. Dah naik bau, masukkan cili kisar 2-3 sudu besar.Tumis sekejap dan masukkan sedikit air. Reneh sampai pecah minyak.
5. Dah pecah minyak? Masukkan satu sudu serbuk ketumbar, setengah sudu jintan manis dan setengah sudu jintan putih. Ok kacau lagi.
6. Masukkan 1 keping asam keping.
7. Masukkan gula Melaka Asli. Ikut tekak korang berapa banyak. Kelebihan masuk gula melaka asli ni manisnya sedap dan berlemakkk. Sedap ui.
8. Masukkan ayam yang digoreng
9. Masukkan santan sekotak kecil. Kalau ayam besar kuah banyak kena pakai 2 kotak kecil. Masukkan hirisan daun kunyit dan hirisan daun limau
10. Masukkan 1 sudu besar kerisik.
11. Setelah kuah sedikit pekat masukkan garam dan perasa jika perlu.
Selamat mencuba.
Sumber: Syalfarina Razali via Facebook

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.