Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

3 Negeri Dijangka Alami Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 3 negeri bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 2 pagi nanti.
Amaran dikeluarkan bagi daerah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu. Manakala di Pahang, hujan lebat dan ribut petir dijangka hanya melanda dua daerah iaitu Jerantut dan Kuantan.
Di Sarawak, hanya daerah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu dijangka alami hujan lebat dan angin kencang.

Terdahulu, MetMalaysia telah mengeluarkan nasihat berkenaan ribut tropika Trami yang menyebabkan cuaca lebih lembap di utara dan Pantai Timur Semenanjung, serta pantai barat Sabah.
Menerusi nasihat tersebut, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu terjadi di kedudukan latitud 17.3 utara dan longitud 116.2 timur, kira-kira 862 kilometer ke Timur Laut Da Nang, Vietnam.
“Pergerakan ribut ke arah barat dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum boleh mencapai 93 km/j,” katanya.
Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati ketika berada di luar dan pastikan tidak menghampiri kawasan berisiko.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan 46 mangsa ribut tropika Trami maut manakala sekurang-kurangnya 20 lagi masih hilang di Filipina. Menurut laporan tersebut, wilayah Bicol di tenggara Manila merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Ribut ini turut menyebabkan berlaku banjir dan tanah runtuh di beberapa wilayah Filipina pada Selasa lalu. Seramai lebih 2.6 juta warga Filipina terjejas menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara.