Siakap Keli
simpan beras
Kredit: Sha Ramson Abdullah/All American Pest Control

Tiada Bubuk Berani Singgah, Ini Tip Simpan Beras Agar Tahan Lama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tiada Bubuk Berani Singgah, Ini Tip Simpan Beras Agar Tahan Lama

Kehadiran bubuk apabila beras sudahpun disimpan di dalam bekas kedap udara pasti membuatkan sesiapa sahaja pening kepala. Mungkin ada di antara pembaca yang sudah mencuba pelbagai cara termasuk mencampurkan beras dengan bunga cengkih, cili kering, malah jemurkan beras di tengah panas.

Namun, segala cara ini menemui jalan buntu.

Jangan risau, ada satu lagi cara yang anda boleh cuba. Mari ikuti perkongsian seorang pengguna Facebook, Sha Ramson Abdullah. Menurut Sha, cara ini telah lama digunakan dan terbukti dapat menyimpan beras sehingga dua tahun tanpa gangguan bubuk.

“Satu bekas (muat) 400 gram, 10 kilo beras (dapat) 25 bekas. (Amalkan) FIFO, first in first out. Tempoh penyimpanan, satu hingga dua tahun.

“Alhamdulillah selama kami guna cara masukkan potongan bawang putih ke dalam tong simpanan beras selama dua tahun. Kutu beras langsung tak ada dalam tong beras kami.

“Jadi, ini jalan ikhtiar dan usaha kami dengan izin-Nya,” katanya.

BACA: Dah Pek & Simpan Elok Beras Bubuk Tetap Ada, Datang Dari Mana? Ini Jawapan Pakar

Sebelum mula, potong bawang putih terlebih dahulu.

Kredit: Sha Ramson Abdullah

Tak perlu potong terlalu kecil, memadai untuk anda belah dua setiap ulas. Jangan basuh bawang putih kerana anda tidak mahu ada sebarang lembapan terkena pada beras. Jika anda menggunakan bekas kecil untuk 400 gram beras, Sha mencadangkan untuk anda gunakan lima potongan kecil bawang putih.

Untuk lapisan pertama, anda perlu masukkan beras sehingga memenuhi separuh bekas. Kemudian, masukkan tiga hingga empat ketul bawang putih.

Setelah itu, masukkan beras untuk lapisan kedua sehingga bekas penuh. Letakkan dua ketul bawang putih dan tutup bekas.

BACA: Telur Dinosaur Terkecil Di Dunia Ditemui

“Pastikan beras betul-betul penuh. Kalau goncang bekas tu masih berbunyi, maksudnya ada ruang kosong dalam bekas tu.

“Penuhkan bekas dengan beras sampai tak ada bunyi bila digoncang,” ujarnya lagi.

Di ruangan komen, Sha berkongsi yang cara penyimpanan beras ini tidak membuatkan beras berbau bawang putih. Malah, bawang putih juga tidak pernah menjadi berkulat.

Selain cara ini, ada juga warga maya berkongsi cara tanpa perlu menggunakan bekas yang banyak.

“Saya pun guna bawang putih selabu letak dalam tong beras,” kongsinya.

BACA: Ramai Salah Sebut, Lelaki Ini Ajar Sebutan Sebenar “Question”

Sumber: Sha Ramson Abdullah

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: