Siakap Keli
Ribut Petir negeri petang ini
Gambar: Bernama

Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di 9 Negeri Hingga Petang Ini

Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di 9 Negeri Hingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk itu di keseluruhan kawasan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Bagi negeri Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang.

“Di Selangor, hanya daerah Sepang yang diramal mengalami cuaca buruk itu hingga petang nanti. Sementara di Negeri Sembilan melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Beralih ke Terengganu, daerah yang dijangka hujan adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, dan Marang.

“Manakala daerah di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis,” maklum METMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0N19EzsJuCXPMmBWjpkfuzuE1LnHC6KaAnmvJVRmN3DrabkWEC1czFJMWFjXmhD82l

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: “Ada botak tengah, luar dan dalam..”, Ini Punca Sebenarnya Tayar Kereta Haus Tak Rata

BACA: Bapa MK K-Clique Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.