Siakap Keli
Bapa MK meninggal dunia
Kredit: MK K-Clique via Instagram

Bapa MK K-Clique Meninggal Dunia

Bapa MK K-Clique Meninggal Dunia

Pelakon dan penyanyi rap, MK K-Clique berkongsi berita duka bahawa bapanya, Hamdan Haji Abdul Razak, telah meninggal dunia pada Ahad.

MK, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, menerusi satu hantaran memohon agar orang ramai sedekahkan doa buat bapanya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Bagaimanapun, MK tidak mendedahkan sebab pemergian bapanya.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk bapa saya. Ya Allah, Ya Rabb, tempatkanlah Hamdan Haji Abdul Razak di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Allahuma Aamiin,” doanya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, pemuda kelahiran Sabah itu juga memuat naik sekeping gambar memperlihatkan keranda bapanya di dalam van jenazah.

Kredit: MK K-Clique via Instagram

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan orang ramai menzahirkan ucapan takziah buatnya sekeluarga.

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.