Rumah Masuk Air Ketika Banjir, Lelaki Kongsi Cara Buat Flood Barrier
Sejak kebelakangan ini, negara seringkali dilanda cuaca buruk seperti hujan lebat yang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Bagi penduduk di kawasan rendah ataupun petempatan bandar yang berisiko terjadi banjir kilat, perkara ini sudah tentunya musibah yang ingin dijauhi.
Banjir ini bukan sahaja boleh mengancam nyawa, malah ia turut merosakkan kebanyakkan harta benda. Perkara ini tentunya merunsingkan isi rumah yang sering dinaiki air banjir.
Sehubungan itu, SK hari akan berkongsikan salah satu tip untuk mengatasi masalah ini iaitu pembinaan benteng banjir atau flood barrier pada rumah.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian Seri Dewi Amin melalui Facebook kumpulan Tukang Apa Hari Ini di bawah.
Flood Barier

Saya nak kongsi. Ini flood barrier dekat rumah mak saya, kami minta tukang besi buatkan. Sebab bila hujan lebat sangat, longkang belakang rumah penuh , rumah mak akan jadi mangsa air bertakung dan banjir kilat. Jenuh nak bersihkan even air paras buku lali sahaja.
Sejak musim banjir datang banyak kali saya nampak orang share gambar flood barrier dari Google. So here in real life dekat rumah mak saya.
Sejak pasang ni, alhamdulillah air tak masuk, cuma bahagian bawah tu air masuk menjadi lecak sahaja. So, bila air kering boleh mop sahaja, tak penat sangat.
Masa minta tukang besi buatkan, saya cakap minta buatkan penghadang air konsep macam empangan. Dia boleh tarik dan boleh tutup. tunjuk juga gambar Ehsan Google dan inilah hasilnya tukang besi buatkan seperti ini. Alhamdulillah sangat-sangat membantu.

Flood barrier ni, boleh install dekat rumah yang selalu banjir manja-manja sahaja, macam setakat 1 hingga 3 kaki. Instead of buat bonggol depan pintu rumah tak cantik, so boleh buat begini.
Sekian perkongsian saya. Selamat mencuba.
Sumber: Seri Dewi Amin via Facebook Kumpulan Tukang Apa Hari Ini