6 Negeri Dijangka Hujan Lebat Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 11 pagi ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.
Bagi keseluruhan kawasan di negeri Perlis dan Pulau Pinang diramal mengalami taburan cuaca buruk berkenaan.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Manakala di Perak pula melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.
“Sementara di Selangor hanya melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat.
“Beralih ke Johor, daerah yang diramal hujan termasuklah Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia lagi.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0kzVM6UWRW9keiyxHeoRVq55EsqPK6pvbmyeepycwjigvqUYvmtstHyeivavpYfFQl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia