Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Jadual Fattah Amin
Sumber: BERNAMA
Tiada Kategori

Jadual Kerjaya Fattah Amin Penuh Hingga Februari Depan

Hannah

Jadual Kerjaya Fattah Amin Penuh Hingga Februari Depan

PUTRAJAYA, 28 Okt (Bernama) — Selepas melalui episod hitam mahligai perkahwinan bersama aktres popular dan usahawan tudung Nur Fazura berakhir, kelibat anak kelahiran Setiawangsa, Kuala Lumpur ini semakin menjadi tumpuan peminat dunia seni tanah air, khususnya wanita.

Diberi julukan “Duda Hot” oleh netizen, segala pergerakan dan aktiviti Fattah Amin, 34, diikut rapat dengan kemunculan pertama kalinya di TikTok pada pertengahan bulan ini turut mencetuskan fenomena, apabila meraih 100,000 tontonan dan memperoleh 44 juta tanda suka (likes) sepanjang tiga jam bersiaran.

Bagaimanapun, penampilan terkini aktor kacak tinggi lampai ini mencetuskan kebimbangan peminatnya apabila dilihat mengalami penurunan berat badan.

Menafikan kehilangan berat badan itu ada kaitan dengan episod duka yang dilaluinya, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin ini berkata keadaan tersebut mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak menentu dek kepadatan jadual kerja.

Biarpun begitu, pelakon filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini bersyukur kerana rezekinya semakin bertambah, memenuhi jadual kerja hingga Februari depan.

BACA: Ibu Kongsi Detik Seram Wanita Serba Putih ‘Terpacak’ Depan Rumah

“Alhamdulillah, saya pun tidak sangka rezeki sangat murah… jadi, saya harus bersyukur untuk itu. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik agar tidak mengecewakan kepercayaan yang diberikan. Ya, (mungkin) nampak susut.

“Tapi tidak banyak pun…dalam dua ke tiga kilogram, mungkin sebab sibuk kerja, makan pun tak teratur sangat,” katanya yang segak memakai tuksedo hitam bermotif abstrak ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024, Sabtu lepas.

Mengelak untuk menjadi tamak, hero bintang filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini berkata tidak semua tawaran diterimanya kerana ada beberapa perkara yang dititikberatkan oleh beliau sebelum menerima pekerjaan yang ditawarkan, termasuk tidak mempromosikan produk hampir sama.

“Bukan semua (tawaran) saya terima. Saya akan lihat dan teliti dahulu dari segi jenama, latar belakang produk dan komitmen yang diminta, serta cuba elakkan produk yang lebih kurang sama kerana tidak mahu ada masalah timbul, kelak.

“Pihak pengurusan juga membantu dan sangat selektif tentang pemilihan produk sebelum bersetuju menerima mana-mana tawaran,” katanya.

BACA: Blackberry Tubuhkan Ibu Pejabat Keselamatan Siber Serantau APAC Di Malaysia

Dalam pada itu, lepasan Universiti Utara Malaysia ini turut melahirkan rasa gembiranya dan bersyukur apabila dapat meluangkan masa bersama-sama puteri kesayangannya, Nur Fatima baru-baru ini.

“Dia (Fatima) gembira dapat jumpa daddy. Saya bawa dia jalan-jalan dan belikan mainan. Bawa dia jumpa dengan ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah, terubat kerinduan itu,” katanya yang memuat naik pertemuan tersebut di media sosial miliknya.

Pada masa sama, pelakon Gerak Khas ini turut menzahirkan rasa terharu atas sokongan luar biasa peminatnya.

“Bila sentiasa bercakap perkara positif, diri sendiri juga menerima kesannya. Bila doakan yang baik-baik terhadap orang, insya-Allah, saya juga akan dapat ganjarannya,” kata beliau.

Fattah dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Okt lepas, setelah tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

BACA: Lelaki Kongsi Purata Gaji Pekerja Asing Di Malaysia Undang Pelbagai Reaksi

Sumber: BERNAMA