Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Blackberry pejabat malaysia
Gambar: Bernama

Blackberry Tubuhkan Ibu Pejabat Keselamatan Siber Serantau APAC Di Malaysia

Iqbal Yasir

Blackberry Tubuhkan Ibu Pejabat Keselamatan Siber Serantau APAC Di Malaysia

KUALA LUMPUR — BlackBerry Ltd yang berpangkalan di Kanada telah menubuhkan ibu pejabat serantau (HQ) Asia Pasifik (APAC) untuk bahagian keselamatan sibernya, yang kini beroperasi sepenuhnya di Cyberjaya, Malaysia.

Pembekal perisian dan perkhidmatan keselamatan pintar itu berkata ibu pejabat baharu dan pengembangan wilayah menunjukkan komitmen berterusan BlackBerry kepada kerajaan Malaysia, berikutan perjanjian keselamatan siber penting yang diumumkan pada November 2023.

“BlackBerry bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Cybersecurity, kemudahan latihan bertaraf dunia untuk membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengalu-alukan keputusan BlackBerry untuk menubuhkan ibu pejabat serantaunya di Malaysia.

“Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia tetapi akan membolehkan rantau ini memanfaatkan penyelesaian keselamatan siber termaju yang ditawarkan oleh BlackBerry,” katanya.

Naib Presiden APAC BlackBerry Cybersecurity Tash Stamatelos berkata Malaysia adalah pasaran yang penting secara strategik untuk BlackBerry, dan syarikat itu berbangga untuk menubuhkan Ibu Pejabat APAC baharunya di sini sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan serantaunya.

“Memandangkan negara (Malaysia) menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025, kami memuji usaha Malaysia dalam memajukan transformasi digital dan kerjasama serantau dalam bidang seperti keselamatan siber, dan pelaburan berterusannya dalam kemahiran, inovasi dan infrastruktur untuk memajukan ekonominya,” katanya.

Syarikat BlackBerry di Malaysia terdiri daripada jualan, pemasaran, penyelidikan ancaman, sokongan teknikal, perkhidmatan profesional, pentadbiran, pengurusan dan jurulatih keselamatan siber yang mahir, semuanya diposisikan untuk menyokong pembela siber di seluruh Malaysia dan rantau ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: 6 Negeri Dijangka Hujan Lebat Pagi Ini

BACA: Rupanya Ini Cara Nak Tahu Udang Jantan & Udang Betina