Siakap Keli
cara tahu jantina udang
Gambar: TikTok @richard_is_cooking

Rupanya Ini Cara Nak Tahu Udang Jantan & Udang Betina

Rupanya Ini Cara Nak Tahu Udang Jantan & Udang Betina

Hasil laut merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran ramai disebabkan ia mempunyai rasa yang unik.

Antara makanan laut yang popular seperti ketam, sotong, oyster, lala dan haiwan bercengkerang lain.

Jadi, tak hairanlah kenapa hampir kesemua kedai steamboat mendapat sambutan hangat kerana menyediakan makanan berasaskan laut ini.

Dalam kebanyakan hasil laut, udang adalah antara makanan laut yang mudah untuk didapatkan dan senang dimasak sebagai sajian harian.

Setiap kali memilih udang di pasar atau mengopek kulitnya, pernah tak terfikir mana satu udang jantan dan mana satu udang betina? Jika dilihat, tiada perbezaan antara setiap udang ini.

Sebenarnya cara untuk mengetahui jantina udang ini tidaklah sukar iaitu melihat pada kakinya di bahagian bawah.

Untuk itu, SK hari ini bawakan ilmu membezakan jantina udang yang dikongsikan oleh @richard_is_cooking melalui TikTok di ruangan bawah. Semoga bermanfaat.

Rupanya ada beza udang jantan & betina

Udang Jantan

jantina udang
Gambar: @richard_is_cooking / TikTok

Ujarnya dalam klip tersebut, cara mudah untuk mengenal pasti jantina seekor udang itu adalah menerusi kaki pertama udang tersebut.

Sekiranya kaki pertama yang berada di bahagian atas bersambung seperti gambar di atas, itu bermaksud udang tersebut adalah udang jantan.

Udang Betina

jantina udang
Gambar: @richard_is_cooking / TikTok

Bagi udang betina pula, langkah mudah untuk mengetahui jantinanya adalah udang betina tidak mempunyai kaki yang bersambung seperti udang jantan.

Kedua-dua kakinya mempunyai jarak antara satu sama lain.

Jadi, itulah serba sedikit cara mudah untuk anda kenal pasti jantina seekor udang. Sebelum memasak lepas ni, cuba tengok betul tak kaki pertama udang.

Untuk makluman, perkongsian ini mendapat lebih 91,000 tontonan dengan lebih 2,000 tanda ‘Suka’ dengan pelbagai komen daripada pengguna.

@richard_is_cooking

Udang jantan..udang betina!!! nk beza ganer nih🤔mcm sama je #udang #richardiscooking @Nikudo Seafood

♬ Cooking – Vioo Sound

Sumber:  TikTok @richa  rd_is_cooking

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA: Wanita Kongsi Resipi Arwah Nenek, Rendang Ayam Klasik Pikat Selera

BACA: Wanita Maut Dilanggar, Kereta Dipandu Warga Asing Terlibat Kemalangan

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.