Siakap Keli
Khazanah pnb fashionvalet
Kredit: Bernama

Labur RM47 Juta, Khazanah & PNB Jual Pegangan Dalam FashionValet Pada Harga RM3.1 Juta

Labur RM47 Juta, Khazanah & PNB Jual Pegangan Dalam FashionValet Pada Harga RM3.1 Juta

Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dilapor menjual pegangan mereka dalam platform e-dagang fesyen pertama di negara ini, Fashion Valet berjumlah RM47 juta pada harga RM3.1 juta sahaja.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementeri Kewangan (MOF) melalui jawapan bertulis yang boleh diakses di laman web Parlimen Malaysia.

Menurut MOF, Khazanah melabur sebanyak RM27 juta dan PNB sebanyak RM20 juta dalam FashionValet untuk kepentingan minoriti pada 2018.

“Pelaburan ini merupakan sebahagian daripada mandat Khazanah pada waktu itu untuk memupuk usahawan teknologi
tempatan dan mendapatkan pendedahan kepada tesis pelaburan dalam sektor e-dagang yang kian berkembang.

“Pada masa yang sama, tesis pelaburan PNB adalah untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera yang sedang berkembang pesat untuk menjadi platform runcit serantau bagi jenamajenama Malaysia.

“Pelaburan Khazanah dan PNB disalurkan ke dalam syarikat Fashion Valet untuk menyokong rancangan pertumbuhan perniagaan,” kata MOF.

Bagaimanapun pandemik yang melanda dunia memberi kesan teruk kepada perniagaan FashionValet. Ia sekaligus membawa kepada keperluan penting bagi modal baharu untuk meneruskan operasi.

Khazanah, PNB rugi RM43 juta hasil penjualan FashionValet

Menjelang akhir tahun 2023, sebuah syarikat Bumiputera, NXBT Partners, menawarkan untuk memperoleh pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB dalam FashionValet dan menyuntik modal yang diperlukan ke dalam syarikat itu.

Dalam pada itu, kesemua pemegang saham telah bersetuju menerima tawaran berkenaan.

“Khazanah dan PNB telah menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham tersebut.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham Fashion Valet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” ujar MOF.

MOF turut memaklumkan penjualan itu mewakili langkah keluar yang bertanggungjawab untuk Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

Difahamkan, ia juga dapat terus membantu FashionValet dalam menangani keperluan pembiayaannya secara holistik dan memulihkan perniagaannya dalam persekitaran industri yang mencabar.

BACA: Kucing ‘Oyen’ Dipercayai Paling Gemuk Di Dunia Sudah Tiada

BACA: KKM Akan Siasat Laporan Anggur Shine Muscat Thailand Ada Racun Perosak Berlebihan

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.