Ada 6 Terowong “Tembus Bukit”, Kenali Takaosan Interchange
Setiap jalan raya yang dibina mempunyai simpang keluar atau susur keluar untuk membolehkan kenderaan mengubah arah laluan atau ke destinasi berbeza.
Bagaimanapun, pembinaan jalan raya juga bergantung atas pelbagai faktor termasuk keperluan akses penduduk selain menampung jumlah kenderaan. Disebabkan itu, jalan di kawasan bandar lebih kompleks dan mempunyai banyak laluan berbanding di kawasan pedalaman.
Hanya mereka yang pernah memandu di Kuala Lumpur, Damansara dan Shah Alam yang tahu bagaimana perasaan gemuruh sekiranya tersalah memilih lorong atau laluan yang sepatutnya untuk ke destinasi.
Lagi-lagi mereka yang hanya berkunjung ke bandaraya ini setahun sekali. Aplikasi Waze atau Google Map ibarat nyawa kepada mana-mana pemandu.
Namun, setiap jalan raya mempunyai keunikannya tersendiri, salah satunya terowong Menora yang dibina menembusi sebuah bukit.
Di Tokyo, Jepun, terdapat jalan yang popular iaitu Takaosan Interchange kerana sistem pertukaran jalannya.
Menariknya tentang jalan di Takaosan Interchange ini terdiri daripada enam buah terowong keluar dari berbagai bukit di sekeliling meskipun secara kasar dilihat berselirat dan agak serabut.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jalan raya ini, ikuti perkongsian seorang penulis Zunita Ramli di bawah. Semoga bermanfaat.
Takaosan Interchange

Ohayou gozaimasu!
Tengah redah jem nak pergi kerja ke tu?
Takaosan Interchange yang terletak di sebelah barat pedalaman Tokyo merupakan salah satu pertukaran jalan (interchange) dan antara yang cantik struktur reka bentuknya di Jepun.
Diapit dengan bukit-bukit curam di sekelilingnya, Takaosan Interchange ini mempunyai 6 terowong berasingan yang dibina di ruang yang amat terhad. Ini menjadikan reka bentuk interchange ini agak kompleks tetapi sangat unik.
Siap dibina pada tahun 2012, ia merupakan pertukaran 12 jalan yang menghubungkan Route 20 dengan Ken’odo.
Tapi rasa jalan bersimpang-siur macam ni dekat Malaysia pun banyak kan? (based on experience sendiri setiap kali bawa kereta balik Malaysia, mesti terlepas simpang kalau area KL).
https://www.facebook.com/zunita.ramli01/posts/pfbid0dynrxyWp6Wkv6sZh1swbpX8JrWYdUcNTsNyKPMFF9iyM9uwtDztKPqqqpZU3MVTWl
Sumber: Facebook Zunita Ramli