Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Inovasi Bahan Dan Teknologi Pengujian Pintar Meningkatkan Keselamatan Dan Keutuhan Struktur

Nurul Naqiyah
keutuhan struktur

Inovasi Bahan Dan Teknologi Pengujian Pintar Meningkatkan Keselamatan Dan Keutuhan Struktur

KUANTAN, 28 Oktober 2024 – Keutuhan bahan dan struktur merupakan aspek kritikal dalam kejuruteraan, pembinaan, tenaga dan pengeluaran. Punca kegagalan boleh berlaku disebabkan faktor seperti beban berlebihan, kakisan dan kesilapan dalam proses pembuatan perlu ditangani secara holistik. Seperti yang di ketahui, banyak sektor-sektor industri yang terlibat seperti minyak dan gas, kimia, aeroangkasa, pembinaan, penjanaan tenaga dan lain lagi yang menghadapi masalah yang sama.

Dalam usaha memastikan bahawa infrastruktur yang dibangunkan mampu bertahan lama serta selamat digunakan, kajian dan penyelidikan (R&D) berterusan mengenai bahan dan keutuhan struktur adalah amat penting.

Ini termasuk pemahaman mendalam mengenai sifat-sifat bahan, ketahanan terhadap tekanan, perubahan suhu dan faktor luaran lain yang boleh menjejaskan keutuhan struktur. Keutuhan struktur ini adalah tulang belakang kepada ketahanan sesebuah infrastruktur yang kukuh.

Walaupun amalan penyelenggaraan yang berkesan di anggap sebagai penyelesaian utama namun, landskap industri yang dinamik di Malaysia memperlihatkan cabaran-cabaran yang tidak dijangka yang berpotensi mempercepatkan kemerosotan jangka hayat komponen kritikal.

keutuhan struktur
Dr. Aswir bin Abd. Rashed, Presiden, Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) ( dari kanan) menyerahkan plak cenderamata kepada Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli bin Darmawan (tengah) sebagai tanda penghargaan majlis perasmian. Turut serta Pengarah Bahagian Pengkomersialan Teknologi (BKT) Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rasif Mohd Zin (dari kanan) mewakili jawatankuasa penganjur.

Dr. Rosli Darmawan, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia dalam ucapannya berkata dalam Majlis Perasmian Seminar Material and Structural Integrity, “Kerajaan juga begitu komited meningkatkan keupayaan R&D dalam kejuruteraan bahan sama ada bahan konvensional apatah lagi bahan termaju yang wujud dalam teknologi baru muncul (emerging technology) pada hari ini dan masa akan datang.

Seiring dengan teknologi A.I, kemajuan dalam kecerdasan buatan dan analisis data besar memberi impak positif kepada pemantauan integriti struktur, membantu mengesan potensi masalah lebih awal dan mengurangkan risiko kegagalan”.

Bertepatan dengan penganjuran seminar kali ke-9 ini dengan tema “Navigating the Future: Challenges and Innovation in Material Integrity” yang merangkumi strategi baharu dan inovasi untuk memastikan daya tahan struktur dalam pelbagai sektor industri. Di era teknologi moden kini, di mana struktur dan bahan yang digunakan dalam pelbagai industri menjadi semakin kompleks dan kritikal untuk keselamatan dan kelestarian.

keutuhan struktur
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli bin Darmawan merakamkan gambar bersama tetamu kehormat dan para peserta Seminar on Material And Structural Integrity 2024

Di samping itu, seminar dua hari ini telah menjadi platform untuk membincangkan inovasi dalam sains bahan dan teknik pengujian serta isu-isu berkaitan. Di mana kepakaran yang dibawakan oleh para pembentang dan penglibatan daripada para profesional, jurutera dan pihak-pihak berkaitan akan menjadi kunci kepada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh industri dalam memastikan keselamatan dan prestasi optimum struktur-struktur yang digunakan.

Penganjuran kali ini telah mendapat kerjasama daripada Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) dan turut disokong oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Tenaga Atom (JTA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Persatuan NDT Malaysia (MSNT) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).