Siakap Keli
Erma Fatima hilang
Sumber: Sinar Harian

Erma Fatima Dilapor Hilang Hampir 7 Hari

Erma Fatima Dilapor Hilang Hampir 7 Hari

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas memberitahu ibunya ingin ke tandas di sebuah kedai makan di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Ibunya, Roslina Mat Yousop, 40, memaklumkan bahawa kali terakhir dia melihat anaknya, Erma Fatima Shamsul Bahari, adalah ketika mereka sekeluarga makan di restoran tersebut pada jam 9 pagi, 25 Oktober lalu.

Menurut Roslina, anak sulungnya daripada empat beradik itu ketika kejadian mengenakan pakaian serba hitam termasuk baju, tudung dan seluar.

“Waktu tengah makan tu dia beritahu mahu ke tandas, saya ingat dia pergi tandas sekejap sahaja, tunggu punya tunggu dia tak juga datang.

“Pada awalnya kami berusaha juga mencari di sekitar kawasan restoran tetapi tak jumpa dan tak nampak pun kelibat dia,” katanya.

Roslina menyatakan bahawa dia dan suaminya, Shamsul Bahari Abu Bakar, 46, telah berusaha mencari Erma Fatima dengan pelbagai cara.

“Kami buat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 26 Oktober lalu tapi belum ada apa-apa perkembangan lagi.

“Saya sangat bimbang sebab hari ini (Khamis) sudah enam hari dia hilang dan sampai sekarang masih belum ditemui,” ujar wanita yang berasal dari Kampung Ru Dua, Marang itu.

BACA: ATM Siasat Dakwaan Pegawai UPNM Ditekap Seterika Oleh Senior

Tambah Roslina, Erma Fatima merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Saya sudah maklumkan mengenai kehilangan Erma Fatima kepada pihak sekolah.

“Saya juga ada bertanya kepada kawan-kawan mengenai keberadaan dia namun semuanya tidak tahu dia ada di mana.

“Kalau ikutkan dia tidak biasa keluar dengan kawan-kawan, pergi kemana-mana pun dengan keluarga. Dia juga tiada telefon bimbit,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mengesahkan menerima laporan tentang kehilangan remaja tersebut.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa siasatan sedang giat dijalankan, tetapi setakat ini, belum ada perkembangan lanjut.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Erma Fatima diminta untuk menyalurkannya kepada balai polis terdekat atau menghubungi keluarga di talian 014-9035176 (Roslina).

BACA: US$3 Bilion Untuk Pembangunan TRX Dialihkan Ke Akaun Najib, Kata Hakim

BACA: Penghantaran Pasukan MALBATT 850-12 Bermula 6 Nov Ini – Mohamed Khaled

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.