Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
trx akaun najib
Kredit: Bernama

US$3 Bilion Untuk Pembangunan TRX Dialihkan Ke Akaun Najib, Kata Hakim

Azizah Najib

US$3 Bilion Untuk Pembangunan TRX Dialihkan Ke Akaun Najib, Kata Hakim

KUALA LUMPUR, 30 Oktober (Bernama) — Aliran wang daripada terbitan bon US$3 bilion yang kononnya untuk pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) telah dialihkan ke akaun bank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) yang mendengar kes 1MDB Najib itu berkata perkara terbabit dinyatakan dalam keterangan saksi pendakwaan ke-47 (SP47) iaitu penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) Adam Ariff Mohd Roslan.

Hakim itu berkata pada 12 Mac 2013, tertuduh menghadiri majlis menandatangani usaha sama antara 1MDB dengan Aabar Investment PJS berjumlah US$6 bilion yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri.

“Bukti pendakwaan menunjukkan bahawa pada 14 Mac 2013, tertuduh menandatangani surat sokongan (LOS) untuk mendapatkan pinjaman melalui terbitan bon oleh 1MDB sebanyak US$3 bilion. Pada 19 Mac 2013, pembayaran dibuat segera oleh bank New York Mellon Group ke akaun 1Malaysia Development Berhad Global Investment Limited’s (1MDBGIL).

BACA: Kronologi Kes 1MDB Dihadapi Najib Razak

“Bukti mengenai kepantasan transaksi kutipan dana itu diberi SP26 (bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa), SP42 (bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC Datuk Suboh Md Yassin), SP9 (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi) dan SP10 (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman),” katanya dalam penghakiman ringkas setebal 41 muka surat.

Hakim Sequerah berkata walaupun pihak pembelaan mendakwa terdapat penglibatan pihak lain dalam proses membuat keputusan, tertuduhlah yang telah bertindak dalam pelbagai kapasiti, iaitu pada peringkat 1MDB sebagai pemegang saham tunggal, peringkat Kementerian Kewangan (MOF) dan peringkat Kabinet.

“Oleh itu, tertuduh merupakan pembuat keputusan muktamad. Beliau juga dilihat tidak mengambil tindakan membuat sebarang laporan polis berhubung dakwaan penglibatan pihak lain.

“Pertimbangan terhadap semua bukti berkenaan menunjukkan bahawa tertuduh telah mengambil tindakan sedemikian dalam perkara yang beliau mempunyai kepentingan, yang merupakan fakta asas diperlukan untuk menimbulkan anggapan di bawah Seksyen 23(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dengan pertuduhan ketiga,” katanya.

BACA: Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi Perintah Najib Bela Diri Atas 25 Pertuduhan

Beliau juga berpendapat bahawa setelah meneliti dan menganalisis bukti dan berdasarkan perilaku beberapa saksi, mahkamah mendapati walaupun terdapat tuduhan dilemparkan, kredibiliti saksi berkenaan tetap teguh berkaitan dengan fakta utama dalam kes ini.

Antara saksi terbabit ialah bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, pegawai khas Najib Datuk Amhari Effendi Nazarudin dan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

“Mahkamah juga mendapati bahawa saksi-saksi ini tidak mempunyai motif untuk memberi keterangan dan membuat tuduhan palsu terhadap tertuduh yang ketika itu memegang kuasa besar sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Adalah penting untuk diingat bahawa pada akhirnya, saksi ini bukanlah yang dibicarakan walaupun terdapat tuduhan terhadap mereka, saya mendapati keterangan mereka mengenai fakta utama dalam perbicaraan ini boleh dipercayai,” katanya.

Sementara itu, Hakim Sequerah menegaskan bahawa Najib meluluskan dua pinjaman untuk membeli semula saham daripada Aabar.

“1MDB Energy (Langat) Limited (1MELL) terlibat dalam dua perjanjian pinjaman dengan Deutsche Bank Hong Kong, pinjaman pertama sebanyak US$250 juta yang merupakan tindakan pertama dalam pertuduhan ini (tuduhan keempat),” katanya.

BACA: 1MDB: Mahkamah Switzerland Jatuhkan Hukuman Penjara Ke Atas Dua Eksekutif PetroSaudi

Hakim itu berkata menurut SP9, resolusi pekeliling pengarah (DCR) diterima bersama-sama dengan dokumen Special Rights Redeemable Preference Shareholder in Writing (SRRP) dan Minutes of Representative (MR) yang dilampirkan dan diluluskan oleh tertuduh.

“SP10 juga memberi keterangan bahawa menjadi amalan dalam 1MDB apabila Lembaga Pengarah (BOD) menerima DCR, Resolusi pemegang saham dan Minutes of Representative yang ditandatangani tertuduh dilampirkan bersama-sama dan pada asalnya tidak bertarikh.

“Walaupun tiada SRRP dan MR dikemukakan oleh pihak pendakwaan berkaitan transaski ini, namun keterangan saksi pendakwaan mencukupi untuk membuktikan bahawa DCR untuk US$250 juta disertakan dengan SRRP dan MR yang diluluskan oleh tertuduh,” katanya.

BACA: AS Pulangkan RM721.4 Juta Berkaitan 1MDB Kepada Malaysia – Kedutaan

Hakim Sequerah berkata bukti menunjukkan bahawa pinjaman pertama yang diambil oleh 1MDB berjumlah US$250 juta tidak akan berjaya tanpa kelulusan tertuduh.

Beliau berkata tujuan pinjaman kedua sebanyak US$975 juta pula adalah untuk membiayai semula US$250 juta dan membayar baki bayaran kepada Aabar.

“SP10 mengesahkan bahawa BOD menandatangani DCR untuk pinjaman US$975 juta. Apabila DCR ini diterima oleh pengarah, Resolusi pemegang saham dan Minutes by Representative telah pun ditandatangani oleh tertuduh,” katanya.

Terdahulu, Hakim Sequerah mengarahkan Najib, 71, untuk membela diri atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi kesemua 25 pertuduhan pada akhir kes pendakwaan.

Sumber: Bernama