Siakap Keli
pegawai upnm ditekap seterika
Kredit: Bernama

ATM Siasat Dakwaan Pegawai UPNM Ditekap Seterika Oleh Senior

ATM Siasat Dakwaan Pegawai UPNM Ditekap Seterika Oleh Senior

KUALA LUMPUR, 30 Oktober (Bernama) — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.

ATM dalam kenyataan malam ini mengesahkan kejadian itu melibatkan pelajar kadet yang dibuli oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial.

Menurut kenyataan itu kes berkenaan sedang disiasat di peringkat ALK-UPNM.

BACA: Polis Klasifikasi Semula Kes Lelaki Maut Di Chemor Sebagai Bunuh Tanpa Niat

“ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut.

“Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah,” menurut ATM.

ATM menggesa masyarakat memberi ruang kepada pihaknya untuk menyiasat perkara itu secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

BACA: Mahkamah Tidak Bertoleransi, Kes Bunuh Zulfarhan Jenayah Kekejaman Jarang Ditemui

Selain itu, masyarakat juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan tersebut.

“Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih yang bertugas ketika itu selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

BACA: Ibu Bapa Zulfarhan Sujud Syukur, Lega Keadilan Kini Terbela

Sebelum ini negara digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat dibuli, dipukul dan diseksa apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap.

Susulan kes yang berlaku pada 2017 itu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lepas selepas didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan.

BACA: Valencia Berdepan Banjir Buruk, Banyak Kereta Bertindih & Tersadai Tengah Jalan

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.