Siakap Keli
tip pilih buah mangga
Kredit: Leha Yusuf/Jabatan Pertanian Malaysia

Perhati Sebelum Beli, Ini Tip Pilih Buah Mangga Ranum & Manis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perhati Sebelum Beli, Ini Tip Pilih Buah Mangga Ranum & Manis

Antara pokok yang menjadi pilihan untuk ditanam oleh penduduk di Malaysia ialah pokok buah mangga. Selain daripada tidak bermusim, pokok mangga mampu menghasilkan buah yang banyak dalam satu-satu masa. Malah, pokok mangga juga mudah dijaga berbanding pokok buah-buahan yang lain.

Mangga, mempelam, pauh. Nama panggilan sahaja sudah ada tiga yang berbeza, apatah lagi jenisnya.

Jika dilihat dalam rekod yang disimpan Jabatan Pertanian Malaysia, terdapat 99 jenis buah mangga telah didaftarkan. Tetapi setakat ini, hanya enam jenis mangga tempatan yang boleh kita dapati di pasaran iaitu MA128 (Harumanis), MA162 (Foo Fatt/Golek), MA165 (MAHA 65), MA204 (Melele), MA223 (Nam Dok Mai) dan MA224 (Chokanan).

BACA: Video Warga Emas Memasak Raih Perhatian, Ramai Terimbau Kenangan Dengan Nenek 

Biarpun diketahui buah mangga ada beberapa jenisnya, namun ramai yang menghadapi kesukaran memilih buah mangga yang ranum dan manis. Apatah lagi apabila semua kulit dan bentuknya kelihatan hampir serupa.

Bagi membantu anda buat pilihan yang tepat, Leha Yusuf telah berkongsi tip memilih buah mangga. Tip yang dimuat naik di laman Facebook ini sememangnya ringkas dan mudah untuk digunakan sebagai panduan bagi mereka yang tidak biasa dengan jenis-jenis buah mangga.

4 Tip Pilih Buah Mangga yang Ranum, Manis, dan Lazat

1. Tengok pada batang mangga

Sebaiknya pilih buah mangga yang batangnya tidak “digunting”.

2. Lihat bentuknya

Mangga yang bulat di bahagian atas (bahagian dekat batang) biasanya lebih manis dibandingkan dengan mangga yang bentuknya leper dan bujur.

BACA: Tiada Bubuk Berani Singgah, Ini Tip Simpan Beras Agar Tahan Lama

3. Periksa kulit mangga

Pilih mangga yang kulitnya nipis. Mangga yang masih muda, kulitnya cenderung lebih tebal. Mangga matang, kulitnya ada kesan getah kehitaman dekat batangnya. Namun hati-hati, tanda hitam yang terlalu banyak menandakan mangga mulai busuk, apalagi jika terasa lembik bila kita pegang.

4. Hidu bau aromanya

Mangga matang, aromanya lebih kuat. Jika kita pilih mangga di dalam satu bekas, baiknya kenali mangga yang aromanya lebih kuat berbanding mangga lainnya.

BACA: 10 Petua Hilangkan Bau Hanyir Lepas Siang Ikan

Sumber: Jabatan Pertanian Malaysia, Leha Yusuf

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: