Siakap Keli
Remaja maut renjatan elektrik
Gambar: PDRM

Seorang Remaja Maut, 4 Lagi Melecur Kena Renjatan Elektrik

Seorang Remaja Maut, 4 Lagi Melecur Kena Renjatan Elektrik

Seorang remaja lelaki maut, manakala empat yang lain cedera selepas terkena renjatan elektrik di kawasan sawah di Kampung Tanjung Putus, Padang Terap, pada Rabu.

Dalam insiden tersebut, Muhammad Hariyz Akief Noraimi, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad, menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di Hospital Kuala Nerang.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap, Asisten Superintendan Yukhrul Mohd Yusof, memaklumkan bahawa kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 petang.

Ketika itu, mangsa (Muhammad Hariyz) dan empat rakannya pergi ke kawasan sawah tersebut untuk mengambil umpan pancing tiruan yang tersangkut pada kabel elektrik.

Menurut beliau, salah seorang rakan mangsa berdiri di atas motosikal sambil cuba mengait umpan tersebut menggunakan sebatang galah aluminium.

“Ketika itu, mangsa bersama rakan-rakannya yang lain memegang motosikal supaya tidak terjatuh.

“Ketika cuba mengait umpan tiruan itu, secara tiba-tiba mereka berlima terkena renjatan elektrik sehingga menyebabkan semua mereka pengsan.

“Keempat-empat rakan mangsa sedar kembali tidak lama kemudian namun mangsa tidak sedarkan diri.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Kuala Nerang oleh penduduk kampung dan setibanya di hospital, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya.

Dalam pada itu, jenazah mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Manakala, empat lagi remaja berusia 15, 16 dan 19 tahun yang mengalami kecederaan melecur di kaki, badan dan muka kini sedang menerima rawatan di HSB.

BACA: 3 Kawasan Dijangka Alami Cuaca Panas Tahap 1

BACA: Gunung Fuji Pertama Kali Tidak Bersalji Untuk Tempoh Lama

BACA: Erma Fatima Dilapor Hilang Hampir 7 Hari

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.