Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

6 Negeri, 2 Wilayah Dijangka Hujan Lebat Petang Ini

Azizah Najib
6 negeri hujan petang
Kredit: Bernama

6 Negeri, 2 Wilayah Dijangka Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 4 petang.

Menerusi muat naik di laman Facebook, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di seluruh WP Kuala Lumpur dan Putrajaya petang ini.

Di Kedah, daerah Kulim dan Bandar Baharu dijangka hujan lebat. Manakala di Pulau Pinang, hujan lebat melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

BACA: MotoGP: Bagnaia Pecahkan Rekod Pusingan SIC, Duduk Petak Pertama

Terus ke Perak, daerah Hilir Perak dan Muallim dijangka alami cuaca buruk. Keadaan di Selangor pula dijangka hampir keseluruhan negeri bakal dilanda hujan lebat. Antara daerah yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir di Johor melibatkan daerah Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Meninjau cuaca di Sabah, hanya daerah Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dijangka alami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang.

BACA: SPRM Siasat Kerugian Pelaburan FashionValet

Kredit:

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu dan elakkan mengunjungi kawasan berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)