Pilih Kawasan Sahaja, Ini Cara Mudah Kira Perbelanjaan Asas Hidup
Pengurusan kewangan merupakan satu kemahiran yang diperlukan setiap individu bagi memastikan aliran keluar masuk duit perbelanjaan dan simpanan seimbang.
Buat mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga, sudah tentu, perancangan sebelum perbelanjaan sangat penting.
Antaranya barangan basah dan kering, keperluan sekolah anak-anak, nafkah, komitmen bulanan (rumah dan kereta) dan banyak lagi.
Sekiranya tidak membuat pengiraan dari awal, ia boleh menjejaskan perbelanjaan pada bulan berkenaan atau lebih teruk hingga berlarutan ke bulan depan dan seterusnya.
Tambahan lagi, kos sara hidup mengikut kawasan adalah berbeza-beza. Oleh itu, pentingnya pengurusan berdasarkan pendapatan bulanan.
Lanjutan itu, SK hari ini akan kongsikan satu laman sesawang yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kepada orang ramai untuk mengira gaji bulanan rakyat yang diperlukan mengikut pelbagai kawasan iaitu MyPAKW.
Apa itu MyPAKW?
Sebenarnya, MyPAKW merupakan salah satu laman sesawang yang berfungsi untuk mengira perbelanjaan asas kehidupan wajar berdasarkan kepada dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri-ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah.
Sistem MyPAKW ini adalah di bawah selian DOSM.
Bagaimana cara nak guna MyPAKW?
Mudah sahaja, pengguna hanya perlu melayari laman sesawang https://mypakw.dosm.gov.my/ .
Kemudian, pengguna perlu memasukkan maklumat lokasi pada ruangkan negeri, daerah dan lokaliti serta maklumat ahli isi rumah iaitu bilangan ahli isi rumah, umur dan jantina.
Contoh maklumat yang telah diisi;

Setelah selesai mengisi maklumat pada ruangan, klik pada tanda ‘Kira’ untuk mengetahui jumlah pendapatan sepatutnya yang diperlukan oleh anda.
Manakala tekan ‘Reset’ untuk set semula ruangan maklumat.
Paparan jumlah pendapatan asas kehidupan akan dipaparkan pada skrin telefon bimbit atau komputer anda seperti ini.

Mudah sahaja kan? Semoga bermanfaat!
BACA: Ramai Tak Tahu, Ini Cara Yang Betul Kira Kalori Yang Diperlukan Badan Untuk Mulakan Diet
BACA: Lelaki Kongsi Anggaran Harga Menara TRX
BACA: Harga Jauh Lebih Murah, Lelaki Ini Kongsi “Trip” Dari Terminal Feri Pasir Gudang Ke Batam
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia