Lelaki Kongsi Anggaran Harga Menara TRX
Menara Tun Razak Exchange (TRX) merupakan salah satu mercu tanda negara terbaharu selepas Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.
Jika dilihat, bangunan tinggi ini tersergam indah dari jauh dan menjadi salah satu tarikan dalam negara.
Namun, baru-baru ini kecoh mengenai seorang individu mendakwa ingin membeli bangunan berkenaan sedekad kemudian.
Ini harga Menara TRX
Susulan itu, dalam satu perkongsian video seorang pempengaruh media sosial Zarif Azrie, telah membuat kira-kira anggaran harga Menara TRX itu.
Berdasarkan nilai hartanah Menara TRX yang naik 8 peratus setiap tahun, dia memberitahu harga bangunan itu berkemungkinan sekitar RM10.79 bilion pada 2034 berbanding RM5 bilion pada tahun ini.
Sementara itu, kos seperti nilai penyelenggaraan, duti, guaman dan lain-lain dianggarkan mencapai sekitar RM507 juta bagi mengendalikan sesebuah bangunan sebesar Menara TRX.
Oleh itu, untuk seseorang individu atau sesebuah syarikat yang berhasrat untuk membeli bangunan tersebut perlu mempunyai nilai bersih kekayaan (net worth) sekitar RM40 bilion hingga RM62 bilion ke atas.
Latar belakang Menara TRX

Katanya lagi, bangunan pencakar langit yang siap dibina pada tahun 2019 ini turut tersenarai dalam bangunan ketiga tertinggi di Asia dengan ketinggian 429 meter (m).
Difahamkan, kos pembinaan bangunan ini sahaja menelan modal sekitar RM3.4 bilion.
Ujarnya, pemilik di sebalik pembinaan bangunan ini adalah Mulia Property Development, anak syarikat kepada Mulia Group.
Pemilik syarikat ini berpangkalan di Indonesia selain memegang projek-projek hartanah mewah dan banyak lagi.
Reaksi netizen
Perkongsian video itu turut mendapat perhatian warganet yang terkejut dengan nilai yang mahu dibeli tersebut.
Berikut antara komen netizen;
“Nasib dia nak beli TRX. Kalau nak beli T-Rex ha sudah mana nak cari Jurassic park?,” komen seorang pengguna.
“Berimpian besar tu memang tak salah bang, tapi agak-agak la. Takkan sampai nak beli TRX kot,” persoal seorang lagi.
“Baik beli sekarang, lagi 10 tahun dah makin mahal,” komen seorang pengguna.
Setakat artikel ini ditulis, video ini telah meraih lebih 600,000 tontonan dengan lebih 33,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen pengguna di TikTok.
Sumber: TikTok @Zarif Azrie