Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bekalan Runcit NGV ditamatkan
Gambar: Astro Awani

Bekalan Runcit NGV Seluruh Negara Ditamatkan Sepenuhnya Pada 1 Julai 2025

Iqbal Yasir

Bekalan Runcit NGV Seluruh Negara Ditamatkan Sepenuhnya Pada 1 Julai 2025

KUALA LUMPUR — Semua kenderaan yang menggunakan gas asli (NGV) tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan di negara bermula 1 Julai 2025, lapor Astro Awani.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu mesyuarat bersama Jemaah Menteri hari ini.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan terhadap pengguna dan orang ramai.

“Sehubungan itu Petronas akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat di pasaran sebelum penamatan sepenuhnya mulai 1 Julai 2025.

“Bekalan runcit NGV di seluruh negara juga ditamatkan secara berperingkat bermula 1 Oktober lalu dan menjelang suku tahun kedua 2025, tiada lagi sebarang bekalan runcit NGV akan ada di dalam pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Dasar Penggunaan Kenderaan NGV sebentar tadi.

Tambahnya, Petronas NGV Sdn Bhd (PNGV) mengambil inisiatif untuk menyediakan Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV untuk kumpulan sasar yang terjejas, iaitu pemandu kenderaan teksi NGV, para pemilik kenderaan bahan api tunggal dan juga dwibahan api NGV.

Langkah ini bagi membantu peralihan pemilik kenderaan NGV kepada bahan api lain.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Astro Awani

BACA: “Selalu ‘dating’ naik motor..” Video Lelaki Buat Kejutan Untuk Ibu Undang Sebak Netizen

BACA: Wanita Maut Ditikam Suami Ketika Buat ‘Live’