Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
lelaki buat kejutan ibu
Gambar: TikTok @casper
Tiada Kategori

“Selalu ‘dating’ naik motor..” Video Lelaki Buat Kejutan Untuk Ibu Undang Sebak Netizen

Nur Alissa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Selalu ‘dating’ naik motor..” Video Lelaki Buat Kejutan Untuk Ibu Undang Sebak Netizen

Pernahkah kita mendengar seorang insan bergelar ibu mengeluh atau merungut mengenai pengorbanannya pada setiap anak mereka?

Sebaliknya, mereka sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan dan keadaan anak mereka meskipun semakin dimamah usia.

Ibarat menatang minyak yang penuh, itulah yang boleh digambarkan kasih seorang ibu terhadap anak yang dibesarkannya sejak kecil. Setiap perkara yang dilakukan pastinya mahu diberikan yang terbaik untuk mereka.

Meskipun sesetengah perbuatan tidak diucapkan menerusi lisan, namun kasih mereka tidak pernah mengaburi hati kita.

Sebagai seorang anak, melihat kulit wajah mereka yang dulunya masih tegang, kini mulai terlihat kedutan sudah tentunya lahir rasa sebak di sudut hati.

Meskipun tidak pernah ‘meminta’, tetapi apa yang dimahukan oleh mereka hanyalah menumpang bahagia seorang anak yang dibesarkan dalam dakapan berjaya di depan mata mereka.

Oleh itu, seorang anak tidak lari daripada tanggungjawab dalam membahagiakan kedua ibu bapanya.

Gambar: TikTok @casper

Itulah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok @Casper yang mengenang kembali momen-momen bermandi hujan panas bersama bidadarinya menaiki motosikal.

Dalam perkongsian videonya, seperti kebiasaan dia akan membawa keluar bersama ibunya menaiki motosikal.

“Tiada lagi hujan. Selalu ‘dating’ naik motor, dia (ibu) siap pakai helmet dah,” tulisnya dalam video tersebut.

Gambar: TikTok @casper

Namun, dia sebenarnya telah merancang satu kejutan untuk bersiar-siar bersama ibunya menaiki sebuah kereta yang baru dibeli.

“Sebelum ni dia cuma mampu tengok lepasni hari-hari dia naik,” tulisanya di ruangan kapsyen.

lelaki buat kejutan ibu
Gambar: TikTok @casper

Sebaik sahaja berjalan melepasi kawasan parkir kenderaan, ternyata sebuah kereta model Proton S70 sebenarnya yang bakal dinaiki wanita itu dan bukannya motosikal.

Dari riak wajah ibunya, jelas terpancar kegembiraan dan perasaan tidak sabar untuk menaiki kereta baharu itu apabila dia duduk di tempat duduk sebelah pemandu.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu tindakan lelaki itu untuk ibu tercintanya termasuk melihat reaksi ibunya yang comel.

Ada juga di antara mereka turut meluahkan hasrat untuk bidadari mereka.

“Tahniah, semoga maknya sentiasa sihat. Semoga diperlebatkan lagi rezeki abaknya.” kata seorang pengguna.

“Comelnya that little punch tu,” komen seorang netizen.

“Terharunya tengok,” tulis seorang lagi.

“Tanpa sedar mata bocor. Angan-angan nak bawa orang tua naik kereta hasil titik peluh sendiri tidak kesampaian,” luah seorang warga maya.

Sumber: TikTok@Casper

BACA: Comel, Gelagat Cucu Ikut Atuk Jalan-Jalan Raih Perhatian

BACA: “Nak gelak tapi sakit..” Netizen Terhibur Gelagat Sahabat Bawa ‘Buah Tangan’ Untuk Rakan