Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
MyTax LHDN
Sumber: LHDN via Facebook

LHDN Tidak Pernah Hantar Pautan Status Bayaran Balik Melalui Portal MyTax

Hannah

LHDN Tidak Pernah Hantar Pautan Status Bayaran Balik Melalui Portal MyTax

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.

Dalam kenyataan hari ini LHDN memaklumkan bahawa tiada sebarang pemberitahuan menggunakan portal itu boleh dilakukan tanpa kebenaran, malah pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang terlibat, mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“LHDN ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Sebarang penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM),” menurut kenyataan itu.

LHDN berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan dan meletakkannya sebagai keutamaan tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan, serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh LHDN dalam urusan pentadbiran percukaian.

“LHDN akan terus berusaha menambah baik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif bagi menangani isu ini,” menurut kenyataan itu.

Agensi pentadbir cukai itu turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang bentuk e-mel, pautan dan teks melalui aplikasi WhatsApp yang mencurigakan, dan menasihatkan supaya membuat semakan dibuat melalui beberapa saluran rasmi LHDN iaitu www.hasil.gov.my; https://mytax.hasil.gov.my ; menghubungi talian 03- 8911 1000 atau berkunjung ke mana-mana pejabat LHDN berhampiran.

BACA: PTPTN Run 2024 Menyatukan Generasi Dengan Gaya Hidup Sihat

BACA: Kuala Lumpur Eco Film Festival Antarabangsa Edisi Ke-16 Sambut Kelestarian & Alam Sekitar

BACA: PETRONAS Hangatkan MotoGP 2024, Booth Diserbu Ribuan Pengunjung

Sumber: BERNAMA