Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Quincy Jones
Kredit: AFP

Pemuzik Terkenal & Pemenang 28 Grammy, Quincy Jones Meninggal Dunia

Athirah

Pemuzik Terkenal & Pemenang 28 Grammy, Quincy Jones Meninggal Dunia

Ikon industri muzik, Quincy Jones, yang menerbitkan beberapa album untuk beberapa orang penyanyi yang dianggap antara terbaik di dunia dilapor meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Menurut AFP, berita dukacita itu disahkan oleh jurucakapnya, Arnold Robinso dalam satu kenyataan hari ini. Bagaimanapun, punca kematian mendiang tidak dinyatakan.

Mendiang yang merupakan pemuzik jazz dan komposer terkenal, dianggap pakar dalam mencipta trend dan mengatur muzik untuk ramai penyanyi pada abad ke-20.

Antara penyanyi bertaraf legenda yang pernah mendapatkan khidmatnya sepanjang tujuh dekad lalu adalah Frank Sinatra dan Michael Jackson.

Beberapa album Michael Jackson yang pernah mendapat sentuhan tangannya termasukalah Off the Wall, Thriller dan Bad.

Ikon muzik, Quincy Jones meninggal dunia

Dilahirkan pada tahun 1933 di selatan Chicago, Quincy Delight Jones Jr. mula menunjukkan bakat bermain piano di pusat rekreasi dan menjadi rakan karib Ray Charles ketika remaja.

Menurut AFP, mendiang dikatakan sempat belajar di Berklee College of Music di Massachusetts sebelum menyertai Lionel Hampton dan akhirnya berpindah ke New York.

Di New York, Jones mula mencipta nama sebagai pengatur muzik untuk beberapa orang penyanyi seperti Duke Ellington, Dinah Washington, Count Basie dan Ray Charles.

Mendiang turut bertindak sebagai pemain trumpet kedua untuk lagu Elvis Presley berjudul Heartbreak Hotel.

Selain itu, beliau turut pernah bekerjasama dengan Dizzy Gillespie selama beberapa tahun sebelum berpindah ke Paris pada 1957.

Quincy Jones mengembangkan kerjayanya di Hollywood

Quincy Jones kemudian mengembangkan kerjayanya di Hollywood dengan menggubah skor filem dan rancangan televisyen.

Mendiang turut menubuhkan labelnya sendiri, menjadi pengasas majalah hip-hop dan menerbitkan siri televisyen popular, The Fresh Prince of Bel-Air yang dibintangi Will Smith pada tahun 1990-an.

Sebagai salah satu tokoh hiburan yang paling banyak menerima penghargaan, Jones memenangi hampir semua anugerah pencapaian utama, termasuk 28 Grammy.

BACA: Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair

Sumber: AFP