Siakap Keli
Kenapa Bahagian Dalam PCB
Kredit: @hairulvcool via TikTok

Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair

Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair

Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang wajib ada dan menjadi keperluan penting dalam setiap rumah.

Dengan adanya mesin basuh, kerja mencuci pakaian menjadi jauh lebih mudah berbanding kaedah mencuci secara manual yang memenatkan.

Terdapat pelbagai jenis model dan jenama mesin basuh dijual dalam pasaran. Namun secara asasnya, mesin basuh yang kita kenal sama ada jenis automatik atau separa automatik, front load atau top load.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan kita kurang pengetahuan tentang cara mengendalikan peralatan ini sehinggakan ia cepat rosak meskipun baru dibeli.

Antara kerosakan yang boleh berlaku adalah pada bahagian Programmable Circuit Board (PCB).

Jadi kali ini, SK ingin kongsikan kepada anda punca-punca kerosakan pada PCB yang ramai tidak tahu dan cara untuk kita mengelak daripada kerosakan itu berlaku.

Kenapa PCB mesin basuh jadi cair? Ini jawapannya

Untuk makluman pembaca, penjelasan ini diambil daripada perkongsian di TikTok @hairulvcool.

Secara ringkasnya, PCB merupakan komponen utama mesin basuh yang mengurus dan mengawal pelbagai fungsi mesin basuh.

Menurut perkongsian berkenaan, antara punca PCB menjadi cair adalah disebabkan tabiat tidak mematikan suis selepas mesin basuh digunakan.

Apabila plug tidak ditutup, elektrik akan sentisa berjalan dan dihantar ke bahagian PCB. Lama-kelamaan, PCB akan menjadi panas dan mencair, sekaligus kerosakan boleh berlaku.

Oleh itu, pengguna digalakkan untuk mematikan suis dan boleh juga mencabut kepala plug daripada palam elektrik apabila tidak digunakan.

Selain dapat mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku, ia juga boleh mengurangkan risiko kejadian PCB menjadi panas dan cair.

Menerusi video berdurasi 01:00 minit, @hairulvcool turut berkongsi contoh keadaan PCB yang mengalami kerosakan yang berpunca daripada tabiat tersebut.

Video berkenaan mendapat 2.4 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

“Patutlah mesin basuh saya yang dulu, motherboard terbakar. Cuak sangat masa tu,” komen seorang wargamaya.

“Saya tak tutup suis soket mesin basuh selama 10 tahun. Tahun ke 11, pcb jadi cair. Memang jadi pengajaran buat saya. Lepas minta baiki, saya tutup suis soket,” komen seorang wargamaya.

@hairulvcool

Kenapa pcb board mesin basuh jadi cair???

♬ bunyi asal – Hairul Vcool – Hairul Vcool

BACA: Kalau Mesin Basuh 10Kg, Berat Termasuk Air Dengan Pakaian Sekali Ke? Ini Jawapannya

Sumber: @hairulvcool via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.