Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan
Kredit: Bernama

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup – KPN

Athirah

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup – KPN

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi tentera upahan Ukraine dalam konflik membabitkan negara itu dengan Rusia dipercayai masih hidup serta berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal pihaknya mendapati rakyat Malaysia berkenaan yang berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan.

Beliau berkata pihaknya difahamkan ketika serangan dron berkenaan, lelaki itu berjaya melarikan diri bagaimanapun MyKad dan lesen memandunya tercicir manakala pasportnya masih bersamanya.

Menjelaskan lebih lanjut Razarudin berkata siasatan mendapati tawaran gaji yang menarik hingga US$2,700 sebulan (RM11,807) selain meminati bidang ketenteraan mendorong lelaki itu menyertai perang Ukraine-Rusia sebagai tentera upahan.

“Selain itu, tekanan keluarga dipercayai menyebabkan lelaki tersebut sanggup menjauhkan diri kerana dia dibesarkan oleh ibunya di Perlis selepas berpisah dengan bapanya sejak kecil,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau turut mendedahkan lelaki tersebut menjadi tentera upahan di Ukraine sejak April 2024 selepas membuat permohonan melalui laman sesawang ketenteraan Ukraine dan satu-satunya yang berasal dari Malaysia.

“Lelaki tersebut mendapat pendidikan A level di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya dan kemudian menyambung pengajian di peringkat ijazah di sebuah kolej di Subang Jaya sebelum berhenti awal tahun ini.

“Pada Mac lepas difahamkan lelaki tersebut ke United Kingdom untuk mencari pekerjaan di luar negara sebelum menyertai perang Ukraine-Rusia dan tidak merancang pulang ke tanah air,” katanya.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang beralamat di Perlis ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Laporan itu mendakwa dokumen tersebut ditemui selepas tentera Rusia menawan kubu tentera lawan di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

BACA: Pemuzik Terkenal & Pemenang 28 Grammy, Quincy Jones Meninggal Dunia

BACA: Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair

BACA: Kerugian Pelaburan Khazanah, PNB: SPRM Serbu Empat Premis Perniagaan

Sumber:

Bernama