Siakap Keli
Remaja diserang kapak kereta api
Gambar: AFP

Empat Remaja Cedera Diserang Dengan Kapak Di Kereta Api

Empat Remaja Cedera Diserang Dengan Kapak Di Kereta Api

Empat remaja cedera, dengan dua daripadanya parah, selepas diserang dengan kapak di dalam sebuah kereta api.

Difahamkan, kejadian dilaporkan berlaku di stesen Ozoir-la-Ferrière di tenggara Paris.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan ke sekolah menengah sebelum tercetusnya pergaduhan dalam kereta api tersebut.

Dalam insiden terbabit, seorang mangsa mengalami kecederaan parah apabila tangannya putus, sementara seorang lagi mengalami kecederaan serius di kepala akibat hentakan kuat.

Manakala, dua mangsa lain pula mengalami kecederaan yang kurang serius.

Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke hospital, dan menurut sumber polis Perancis, kecederaan mereka tidak mengancam nyawa.

Dalam pada itu, polis kini masih menyiasat punca pergaduhan yang dipercayai melibatkan beberapa jenis senjata, termasuk kapak, pisau, pedang samurai dan kayu besbol.

Bagaimanapun, suspek utama telah ditahan di rumahnya dan kini dalam tahanan polis.

Dalam serbuan di rumahnya, pihak berkuasa turut merampas kapak yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut.

BACA: Kanak-kanak Lelaki 2 Tahun 7 Bulan Maut Dipercayai Diserang Anjing Liar Di Semporna

BACA: Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup – KPN

BACA: 8 Pemain Bola Rebah Serentak, Seorang Maut Dipanah Petir

Sumber: The Guardian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.