Siakap Keli
Eileen Zareen
Kredit: Nadi Permata Malaysia via Facebook

Hidap Komplikasi Penyakit Hati Tahap Akhir, Adik Eileen Terbang Ke China Untuk Pembedahan

Hidap Komplikasi Penyakit Hati Tahap Akhir, Adik Eileen Terbang Ke China Untuk Pembedahan

Bayi yang menghidap penyakit Atresia Biliari (komplikasi penyakit hati tahap akhir), Eileen Zareen Mohd Hafiz Harith berangkat ke China untuk menjalani pembedahan pemindahan hati.

Berita tersebut dikongsikan oleh Nadi Permata Malaysia melalui satu hantaran di Facebook hari ini.

“Hari ini Eileen Zareen akan berangkat ke China untuk memulakan journey liver transplant.

“Mohon doa agar segala urusan dipermudahkan dan Eileen sentiasa dalam lindungan Allah,” kata hantaran itu.

Adik Eileen terbang ke China, jalani pembedahan pemindahan hati

Menurut Nadi Permata Malaysia, mereka berjaya mendapatkan kelulusan etika (ethical approval) dari Beijing yang membolehkan adik Eileen terbang ke China untuk mendapatkan rawatan di sana.

Difahamkan, Nadi Permata Malaysia dinasihatkan untuk mendapatkan kelulusan tersebut oleh pakar perubatan dari Hospital Renji.

https://www.facebook.com/nadipermataMJ/posts/pfbid02qPiXbEpa4nhVo3eJg9DzKKnUbRDNjn4xWENckUSLSFWtYy6wAGy2HpztrrNxQobAl

Memerlukan dana sejumlah RM180,000 untuk menjalani pembedahan

Terdahulu, SK melaporkan adik Eileen Zareen memerlukan dana sejumlah RM180,000 bagi melakukan pembedahan pemindahan hati di China.

Bagaimanapun, jumlah kutipan dana yang diperolehi setakat 4 Oktober 2024 hanyalah sebanyak RM33,637.91.

Ia menjadikan baki tambahan sebanyak RM146,362 perlu dikumpul sebelum adik Eileen dapat terbang ke negara Tembok Besar itu bagi menjalani pembedahan berkenaan.

Sehubungan itu, pihak Nadi Permata Malaysia melalui beberapa hebahan yang dibuat di Facebook sebelum ini memohon orang ramai menghulurkan bantuan terhadap kanak-kanak perempuan itu.

Apa pun, semoga urusan adik Eileen dan pembedahan yang dijadualkan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sama-sama kita doakan supaya bayi comel ini sembuh dan dapat menjalani kehidupan penuh makna serta sihat seperti bayi-bayi seusianya.

BACA: Awas, Hujan Lebat & Ribut Petir Diramal Landa 11 Negeri Petang Ini

BACA: Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair

BACA: Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin Enam Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

BACA: Tips Jimat Naik Semua “Public Transport” Seharian Cuma RM6, Boleh Jalan-Jalan Satu KL

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.