Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Nyaris jatuh lubang besar
Kredit: Sinar Harian

Pengguna Jalan Raya Dakwa Nyaris Jatuh Dalam Lubang Besar Berkedalaman 4 Meter

Hannah

Pengguna Jalan Raya Dakwa Nyaris Jatuh Dalam Lubang Besar Berkedalaman 4 Meter

Lubang berkedalaman empat meter di Jalan Industri Semambu Tiga menuju ke Jalan Haji Ahmad di Kuantan telah mencuri perhatian ramai selepas video mengenai keadaan jalan itu tular di TikTok pada Isnin.

Video berdurasi satu minit 28 saat yang dikongsi pengguna TikTok menunjukkan keadaan jalan berlubang besar tersebut, di mana dia nyaris jatuh.

Dakwa perakam, lubang tersebut telah dibiarkan begitu sejak kira-kira empat bulan lalu, menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Dalam video berkenaan, perakam mendesak kerajaan Pahang untuk segera mengambil tindakan, selain menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu turut meninjau keadaan jalan demi keselamatan orang awam.

“Jangan tunggu sampai berlaku kejadian seperti di Kuala Lumpur, seorang warga asing jatuh dalam lubang baru hendak ambil tindakan.

“Kalau boleh, kerajaan negeri dan wakil rakyat tolong segera tinjau keadaan ini,” tegasnya.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang turut menuntut tindakan segera daripada pihak berkuasa sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.

BACA: Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup – KPN

Sementara itu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Ir Razali Kassim, memaklumkan bahawa tinjauan telah dilakukan bersama pihak terlibat, termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Telekom Malaysia (TM), untuk menyelesaikan masalah ini.

Menurut beliau, lubang besar tersebut terjadi akibat penyusupan air melalui saluran kabel telekomunikasi bawah tanah yang menyebabkan mendapan tanah di kawasan itu.

“Hasil perbincangan, saya telah mengarahkan semua agensi terlibat mengambil tindakan dan Insya-ALLAH (kerja-kerja pembaikan) dilakukan hari ini.

“Pihak berkaitan akan membuat penutupan sementara lubang manakala TM pula melakukan kerja-kerja pengalihan (penukaran) kabel baharu dalam tempoh seminggu atau dua minggu,” jelas beliau ketika ditemui di Jalan Industri Semambu Tiga pada Selasa.

Kredit: Sinar Harian

Beliau turut menjelaskan bahawa isu ini berlanjutan kerana TM memerlukan kelulusan peruntukan daripada pihak atasan.

Tambah beliau, TM mula melantik kontraktor panel untuk kerja-kerja pembaikan selepas kelulusan diterima.

“Jadi, kerja penukaran kabel itu sepanjang 180 meter yang berada pada kedalaman tiga hingga empat meter akan dilakukan dan ia melibatkan kos RM250,000,” ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, sebagai langkah keselamatan, beliau meminta pihak JKR dan TM memasang penghadang dan papan tanda amaran dari jarak yang cukup untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

Beliau juga menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

“Setakat ini, kejadian ini tidak melibatkan kemalangan jiwa,walaupun terdapat insiden seorang pengguna jalan yang nyaris terjatuh ke dalam lubang tersebut.

“Kita berharap kerja pembaikan ini dapat diselesaikan secepat mungkin untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya.

BACA: Kerugian Pelaburan Khazanah, PNB: SPRM Serbu Empat Premis Perniagaan

BACA: Malaysia Dan New Zealand Perkukuh Kerjasama Dalam Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Sumber: Sinar Harian