Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
adik bakar kakak ketika solat
Gambar: Detik.com

Gara-Gara Tuntut Wang, Adik Tergamak Bakar Kakak Ketika Solat Asar

Iqbal Yasir

Gara-Gara Tuntut Wang, Adik Tergamak Bakar Kakak Ketika Solat Asar

MALANG — Gara-gara perselisihan faham mengenai pembayaran balik kos pembinaan bilik mandi ibu, seorang adik sanggup membakar kakak kandungnya hidup-hidup ketika sedang solat Asar dalam satu kejadian di Desa Tamanharjokuncaran, Kecamatan Tirtoyudo baru-baru ini, lapor Detikjatim.

Ketua Perhubungan Awam Polis Malang, AKP Ponsen Dadang Martianto mengesahkan kejadian tersebut.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila suspek, 28, dan mangsa, 35, bertikam lidah di rumah ibunya ekoran suspek meminta ganti rugi kos pembinaan bilik mandi ibu mereka.

“Sewaktu kejadian, mangsa telah membawa ibunya lari ke rumah jiran bagi mengelak pergaduhan.

“Bagaimanapun, mangsa telah pulang ke rumah sekitar 30 minit kemudian untuk menunaikan solat Asar. Suspek telah bertindak membakar mangsa dengan petrol,” katanya kepada pemberita.

Tindakan suspek diketahui tidak lama kemudian apabila ibu mangsa pulang ke rumah dan segera meminta bantuan, sementara suspek melarikan diri.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital oleh penduduk dan disahkan melecur hampir keseluruhan badan.

“Hasil bedah siasat, mangsa melecur lebih 60 peratus yang mengakibatkan jangkitan pada beberapa organ dalaman termasuk darah beku, buah pinggang dan fungsi jantung, paru-paru terjejas,” kata Dadang lagi.

Ujarnya, mangsa, meninggal dunia di sebuah hospital selepas lima hari bertarung nyawa.

Dalam pada itu, suspek berjaya ditahan dan kini dalam proses untuk dibicarakan.

Sumber:

Detikjatim

BACA: Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin Enam Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

BACA: Malaysia Terbuka Kerjasama Dengan Palestin Pulihkan Telekomunikasi Gaza – Fahmi