Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gunung Fuji Diselimuti Salji Pertama Musim Ini, Paling Lewat Pernah Direkodkan

Hannah
Salji Gunung Fuji
Sumber: BERNAMA

Gunung Fuji Diselimuti Salji Pertama Musim Ini, Paling Lewat Pernah Direkodkan

KOFU (Jepun), 6 Nov (Bernama-Kyodo) — Gunung Fuji, ikon Jepun diselimuti salji pertama musim ini pada Rabu, menjadikannya tarikh paling lewat dalam rekod berikutan cuaca panas yang luar biasa, menurut Agensi Berita Kyodo.

Puncak gunung setinggi 3,776 meter yang terletak di antara wilayah Shizuoka dan Yamanashi itu dilapisi salji nipis pada waktu pagi, seperti disahkan oleh seorang wartawan Kyodo News.

Balai cerap Kofu setiap tahun mengumumkan pemerhatian salji untuk gunung tertinggi di Jepun, masih belum dapat mengesahkan salji berkenaan disebabkan awan yang menghalang pandangan.

Setelah disahkan oleh balai cerap, salji pertama ini secara rasmi akan mengatasi rekod sebelumnya yang dicatat pada 26 Okt 1955 dan 2016.

Cuaca panas berterusan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan suhu purata di puncak gunung mencapai 1.6 darjah Celcius pada Oktober, tertinggi bagi bulan itu sejak rekod bermula pada 1932 dan 3.6°C lebih tinggi daripada purata tahunan.

BACA: Pemandu Guna EV Tidak Akan Kembali Guna Petrol – Geely

BACA: ACLE: Arif Aiman Di Tangga Kedua Dalam Senarai Penjaring Terbanyak, Atasi Ronaldo

BACA: Polis Buru Lelaki Bersenjatakan Parang Samun Kedai Runcit

Sumber: BERNAMA