Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
polis buru lelaki samun kedai
Gambar: Sinar Harian

Polis Buru Lelaki Bersenjatakan Parang Samun Kedai Runcit

Nur Alissa

Polis Buru Lelaki Bersenjatakan Parang Samun Kedai Runcit

TASEK GELUGOR — Polis giat memburu seorang lelaki warga tempatan dalam satu kes samun di sebuah kedai runcit sekitar kawasan Jalan Pokok Machang pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, satu laporan telah dibuat oleh seorang wanita tempatan mengenai kes tersebut sekitar jam 9.10 malam.

Berdasarkan laporan pengadu, seorang lelaki Pakistan merupakan pekerjanya di kedai berkenaan telah didatangi suspek yang menaiki jenis motosikal dengan nombor pendaftaran motosikal tidak dikenal pasti.

Suspek turut membawa sebilah parang bersama sewaktu kejadian.

“Susulan itu, pegawai penyiasat kes bersama sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah(IPD) SPU turun ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan tempat kejadian mendapati terdapat rakaman CCTV di kawasan berhampiran yang merakam kejadian tersebut dan terdapat saksi kejadian.

“Bagaimanapun, wajah suspek tidak jelas kerana suspek memakai topi keledar dan penutup muka berwarna gelap,” jelas Anuar.

Tambah Adnan, suspek berjaya membawa lari wang tunai berjumlah kira-kira RM2,500.

Kes disiasat di bawah seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak melakukan sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan pihak polis.

“Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp. Muhammad Ikram Bin Zulkifli di talian 04-5762222 (Samb: 2275) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” kata Anuar dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan satu kejadian samun di kedai runcit berkenaan.

Sumber: Facebook IPD Seberang Perai Utara

BACA: Polis Tahan Lelaki Khianat Conteng Di Jambatan Besi

BACA: Kereta Hilang Kawalan, Terbabas Elak Lori Lawan Arus