Siakap Keli
Kereta elak lori lawan arus
Sumber: Sinar Harian

Kereta Hilang Kawalan, Terbabas Elak Lori Lawan Arus

Kereta Hilang Kawalan, Terbabas Elak Lori Lawan Arus

Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan akibat mengelak sebuah lori yang melawan arus.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer (km) 14, Lebuhraya Pasir Gudang kira-kira jam 2 pagi, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, mengesahkan kejadian tersebut yang membabitkan kereta jenis Honda Civic dan sebuah lori.

“Honda Civic dipandu seorang lelaki warga Indonesia berusia 18 tahun yang berada di lorong kanan itu dikejutkan dengan sebuah lori yang dipandu secara melawan arus.

“Kereta tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dahi, kaki dan tangan telah menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Zeyrul Mohd Redzwan di talian 019-5324272,” katanya.

Sebelum ini, sebuah rakaman papan pemuka berdurasi tujuh saat menjadi tular di media sosial memaparkan sebuah lori berwarna putih melawan arus menyebabkan kereta terpaksa mengelak sebelum terbabas di bahu jalan.

BACA: Gara-Gara Tuntut Wang, Adik Tergamak Bakar Kakak Ketika Solat Asar

BACA: Kes Polis Bunuh Pelajar: Pendakwaan Mahu Buktikan Perlanggaran Dilakukan Dengan Niat

BACA: Dewan Arena Square Terbakar, Dipercayai Libatkan Penggunaan Bunga Api Tanpa Kebenaran

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.