Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
dewan arena square terbakar
Kredit: Bernama

Dewan Arena Square Terbakar, Dipercayai Libatkan Penggunaan Bunga Api Tanpa Kebenaran

Azizah Najib

Dewan Arena Square Terbakar, Dipercayai Libatkan Penggunaan Bunga Api Tanpa Kebenaran

IPOH, 5 Nov (Bernama) — Penggunaan bunga api tanpa kebenaran dipercayai telah menyebabkan Dewan Arena Square, Jalan Raja di Teluk Intan terbakar, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata dalam kejadian 11.18 malam itu, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkenaan satu insiden kebakaran itu, sebelum polis dan pihak bomba segera ke lokasi kejadian untuk memadamkan api.

Beliau berkata siasatan awal yang dijalankan bersama pihak forensik bomba daerah Hilir Perak mendapati, kebakaran kemungkinan berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan, lalu mengakibatkan kebakaran berlaku di bumbung dewan berkenaan.

BACA: Jabatan Meteorologi Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Kuat Yinxing

Ahmad Adnan berkata pihaknya mendapati, kebakaran berlaku semasa satu acara sambutan hari jadi dianjurkan seorang individu yang telah menyewa dewan itu daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan, melibatkan kira-kira 500 tetamu, selain penganjur menyediakan pelbagai jenis mercun serta bunga api untuk digunakan tetamu.

“Semakan mendapati penganjur tidak memiliki lesen yang sah untuk penggunaan bunga api dan mercun. Pada 4 Nov, lebih kurang 3 petang, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hilir Perak telah berjaya menangkap suspek yang merupakan penganjur acara tersebut,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Ahmad Adnan berkata suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat itu, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

BACA: Kepala Babi Dilempar Semasa Derbi Corinthians-Palmeiras

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, manakala anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai diingatkan bahawa penggunaan mercun dan bunga api tanpa lesen, adalah satu kesalahan yang boleh mendatangkan risiko keselamatan, justeru dinasihatkan tidak menggunakan mercun atau bunga api tanpa kebenaran, bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

“Individu yang didapati bersalah jika disabitkan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga didenda.

“Individu yang didapati bersalah di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki, mengawal atau menggunakan bahan letupan tanpa lesen boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

BACA: Bau Busuk Rumah Jiran Terungkai, Mayat Lelaki Ditemukan

Sumber: Bernama