Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
mykad pembelian minyak masak
Kredit: Bernama

MOF Teliti Penggunaan MyKad Bagi Pembelian Minyak Masak Bersubsidi

BERNAMA

MOF Teliti Penggunaan MyKad Bagi Pembelian Minyak Masak Bersubsidi

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti cadangan memperluas penggunaan ekosistem digital berasaskan MyKad, termasuk integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memperkukuh pengesahan identiti dalam penjualan minyak masak bersubsidi.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata MOF bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tujuan berkenaan terutamanya melibatkan penggunaan MyKad untuk Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan ketirisan dapat dibendung serta subsidi disalurkan secara mudah, adil dan tepat kepada golongan sasar.

“Pendekatan ini dapat memanfaatkan infrastruktur sedia ada tanpa memperkenalkan kaedah tambahan yang membebankan rakyat, sekali gus memastikan hanya warganegara yang layak menikmati subsidi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai rancangan kerajaan untuk mereplikasikan kejayaan mekanisme penyelarasan subsidi BUDI MADANI (BUDI 95) ke barangan lain seperti minyak masak dan gula.

Beliau berkata penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengesahan kelayakan dalam penyasaran subsidi telah terbukti berkesan dan praktikal terutamanya menerusi pelaksanaan BUDI 95.

“Sistem BUDI95 memproses secara purata 3.1 juta transaksi sehari tanpa masalah gangguan. Tahap penggunaan yang tinggi menunjukkan mekanisme MyKad mudah diakses, stabil dan diterima baik rakyat.

“Keberkesanan ini turut disokong pelaksanaan SARA 2025 yang merekodkan kadar penggunaan 99 peratus melalui MyKad,” katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali semasa persidangan Dewan Rakyat pada 29 Jan lepas memaklumkan, KPDN sedang dalam fasa perbincangan dengan MOF bagi pelaksanaan cadangan menggunakan kad pengenalan sebagai opsyen pembelian minyak masak peket bersubsidi.

Sumber:BERNAMA