Siakap Keli
Jam tangan ternipis dunia
Sumber: Oddity Central

Setebal 1.65 Milimeter, Inilah Jam Tangan Mekanikal Ternipis Dunia

Setebal 1.65 Milimeter, Inilah Jam Tangan Mekanikal Ternipis Dunia

“ThinKing” ialah jam tangan mekanikal ternipis di dunia, dengan ketebalan hanya 1.65 milimeter (mm) dan berat 13.3 gram sahaja.

Direka oleh pembuat jam terkemuka dari Rusia, Konstantin Chaykin, ThinKing merupakan prototaip inovatif yang tampil dengan reka bentuk luar biasa.

Sumber: Oddity Central

Reka bentuk casingnya yang sangat halus menjadikan jam ini mudah terdedah kepada tekanan biasa semasa dipakai.

Untuk melindunginya, tali jam khas daripada kulit buaya dengan sisipan elastik dan titanium digunakan untuk menyerap hentakan serta tekanan semasa pemakaian.

Jam tangan ultra nipis ini sarat dengan pelbagai inovasi teknikal, termasuk barrel penggulungan yang ultra nipis dan sistem dwi-roda imbangan.

Ketebalannya yang luar biasa juga mengatasi rekod sebelumnya dengan kelebihan 0.5 mm, menjadikan ia lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika.

Untuk mencapai kejayaan ini, Chaykin mengaplikasikan idea-idea radikal dalam reka bentuknya, termasuk menggantikan pemutar jam klasik dengan paparan jam dan minit melalui dua tingkap berasingan.

Sumber: Oddity Central

Meskipun lebih rapuh berbanding jam tangan biasa, ThinKing diperbuat daripada keluli tahan karat khas yang mampu menahan tekanan harian.

Tidak hairanlah jam ultra nipis ini bernilai tinggi, mengambil masa lama untuk dihasilkan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.

Namun, pengguna perlu memakainya dengan berhati-hati kerana ketipisannya membuatkan ia mudah rosak.

BACA: “Man United Tak Boleh Bermain Seperti Sporting Lisbon” – Amorim

BACA: Pengundian Bermula Di AS, Trump & Harris Bersaing Sengit

BACA: Pelik, Isi Penuh Tapi Meter Minyak Tak Naik? Ini Sebabnya

Sumber: Oddity Central

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.