Terkini

Gaya hidup
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
man united bermain sporting amorim
Gambar: AFP

“Man United Tak Boleh Bermain Seperti Sporting Lisbon” – Amorim

Iqbal Yasir

“Man United Tak Boleh Bermain Seperti Sporting Lisbon” – Amorim

LISBON — Bakal jurulatih Manchester United, Ruben Amorim mendedahkan kelab itu tidak mampu bermain seperti permainan yang ditampilkan Sporting Lisbon sewaktu kelab dari Portugal itu bangkit ‘membantai’ Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam.

“Apa yang saya boleh beritahu, kemenangan ini tidak memberikan bayangan dan tidak perlu membuat perbandingan daripada ini.

“Kami sangat bertuah pada malam ini. Saya tidak boleh memindahkan satu realiti kepada realiti yang lain.

“Manchester United tidak boleh bermain dengan cara kami bermain dan saya perlu menyesuaikan diri,” ujarnya selepas perlawanan antara Sporting Lisbon dan Manchester City.

Tegasnya, kemenangan ini tidak menjamin dia akan dapat memberi impak segera di Manchester United.

Pendatang baru di EPL

man united bermain sporting amorim
Gambar: AFP

Meskipun memperolehi 3 mata, pengendali Sporting Lisbon itu tetap merendah diri dan menganggap Pep Guardiola adalah ‘Masterpiece’ di EPL dengan enam kejuaraan dalam tempoh lapan tahun.

“Dia jauh lebih baik daripada saya pada masa ini. Tetapi saya percaya dengan kelab terbaharu saya.

“Kami perlu bermula semula dari bawah, mungkin saya boleh katakan itu dan kami akan memperbaiki pasukan, kelab. Mari kita saksikan nanti,” katanya lagi.

Dia menyifatkan EPL merupakan dunia yang berbeza, dipenuhi tekanan berbeza. Oleh itu, dia akan cuba menjadi dirinya dan gembira menyahut cabaran.

Kekalahan terburuk Citizen sejak 2020

Kekalahan 4-1 ke atas Sporting Lisbon dalam UCL awal pagi tadi merupakan keputusan terburuk juara EPL tahun lalu itu sejak empat tahun lalu.

Dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Jose Alvalade semalam, Phil Foden meletakkan City di hadapan pada awal permainan.

Viktor Gyokeres Ledak Hatrik

Gambar: AFP

Bagaimanapun, penyerang sensasi, Viktor Gyokeres menyamakan kedudukan sebelum separuh masa tamat.

Bermula babak kedua, gol kedua Sporting hadir menerusi Maximiliano sebelum Gyokeres meledak dua lagi gol menerusi sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan empat gol berbalas satu.

Sumber: AFP via Barrons

BACA: Siapa Ruben Amorim? Kenali Bakal Jurulatih Baharu Man United

BACA: Hanya 7 Perlawanan Bermain Di Al-Hilal, Neymar Cedera Lagi