Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
trump atau harris
Kredit: AFP

Pengundian Bermula Di AS, Trump & Harris Bersaing Sengit

Azizah Najib

Pengundian Bermula Di AS, Trump & Harris Bersaing Sengit

Washington – Proses pengundian bagi warga Amerika Syarikat (AS) sedang berlangsung dengan melihat pertandingan paling sengit dalam sejarah AS, lapor AFP.

Setakat ini, calon Demokratik, Kamala Devi Harris,60, dan bekas Presiden AS, Donald Trump, 78, mencatatkan kemenangan awal apabila enam pusat pengundian ditutup. Keputusan setakat ini menunjukkan kemenangan bagi Trump di beberapa kubu kuat iaitu Florida, Indiana, Kentucky dan Virginia Selatan manakala Harris meraih kemenangan di Vermont.

Sementara itu, 32 laporan palsu berkenaan ancaman bom di beberapa tempat mengundi termasuk Georgia menyebabkan gangguan proses mengundi. Pihak berkuasa tempatan dan FBI mengesyaki laporan palsu tersebut dikesan dihantar dari Rusia.

BACA: Dewan Arena Square Terbakar, Dipercayai Libatkan Penggunaan Bunga Api Tanpa Kebenaran

Dalam pada itu, Trump turut mendakwa terdapat penipuan besar-besaran dalam pengundian di Philadelphia yang menjadi kubu kuat parti Demoktratik di Pennsylvania. Malah, Trump turut mendakwa pihaknya bakal mendapat kemenangan besar malam tadi.

Menjawab kepada dakwaan adanya penipuan, Pesuruhjaya Bandar, Seth Bluestein yang juga merupakan ahli parti Republican memuat naik kenyataan di laman X.

“Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali,” katanya.

BACA: Bau Busuk Rumah Jiran Terungkai, Mayat Lelaki Ditemukan

Terdahulu, tinjauan selama beberapa minggu telah dijalankan bagi melihat persaingan antara Harris dan Trump.

Menurut AFP, Trump bakal menjadi Presiden AS tertua dalam sejarah jika beliau meraih kemenangan dalam pilihan raya kali ini. Malah, beliau juga bakal mencatat sejarah sebagai presiden pertama yang pernah disabitkan kesalahan jenayah. Trump juga bakal memegang gelaran presiden kedua dalam sejarah yang berkhidmat bagi penggal kedua secara tidak berturut-turut.

Manakala jika kemenangan berpihak kepada parti Demokratik, Harris bakal menjadi Presiden AS kedua yang berkulit hitam dan Presiden pertama berketurunan Asia Selatan.

Keputusan pengundian bakal bertumpu kepada beberapa negeri penentu iaitu North Carolina, Arizona, Michigan, Wisconsin dan Nevada sama ada berpihak kepada Trump atau Harris.

BACA: Kes Polis Bunuh Pelajar: Pendakwaan Mahu Buktikan Perlanggaran Dilakukan Dengan Niat

Sumber: AFP