Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

MetMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan YinXing

Azmil
Metmalaysia taufan yinxing

MetMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan YinXing

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan terbabit bergerak ke arah barat berkelajuan 20 km/j, dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 139 km/j.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

BERNAMA

BACA: Anggota MALBATT 850-12 Dikhuatiri Cedera Terkena Serpihan Letupan