Siakap Keli
pemain nistelrooy kekal
AFP

Pemain Mahu Nistelrooy Kekal – Onana

Pemain Mahu Nistelrooy Kekal – Onana

Khidmat pengurus interim Manchester United, Ruud van Nistelrooy hampir sampai ke penghujungnya dengan ketibaan Ruben Amorim selepas cuti antarabangsa nanti.

Penjaga gol United, Andre Onana berkata semua pemain United mahu Nistelrooy kekal di kelab tersebut.

“Apa yang beliau buat sangat menakjubkan dan pemain pun gembira. Walauapa pun, kami tak mampu buat keputusan. Kelab menentukan semuanya dan kami kena terima,” kata Onana.

Selepas tiga perlawanan, The Red Devils masih belum tewas di bawah kendalian Nistelrooy. 

Terbaharu, awal pagi tadi United menewaskan PAOK 2-0 dalam aksi Europa League. 

Dua gol tersebut dijaringkan pemain muda, Amad Diallo.

Nistelrooy dijangka bakal mengendalikan perlawanan terakhir beliau sebagai pengurus interim hujung minggu ini lawan Leicester City dalam aksi Liga Inggeris.

United kini menduduki tangga ke-13 dalam Liga Inggeris dengan mengumpul 12 mata dalam 10 perlawanan setakat ini.

Sumber: CNA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.