43 Ekor Monyet Untuk Kajian Penyakit Terlepas Dari Pusat Penyelidikan Amerika
Sebanyak 43 ekor monyet yang digunakan untuk kajian penyakit dilapor terlepas dari kemudahan penyelidikan di South Carolina, Amerika Syarikat pada Rabu lepas.
Menurut NBC News, sebanyak 25 ekor monyet dipercayai daripada kumpulan haiwan itu yang terlepas sudah berjaya ditangkap semula setakat Ahad.
Pihak polis kini sedang giat memburu baki 18 ekor monyet itu yang masih bebas.
Pengarah Pusat Penyelidikan Alpha Genesis berkata, kesemua monyet itu terlepas dari fasilitinya selepas seorang kakitangan gagal mengunci pintu dengan betul.
Haiwan-haiwan yang terlepas itu kemudian disyaki melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan kemudahan penyelidikan berkenaan, di sekitar pinggir bandar Yamassee.
Menggunakan perangkap sehala yang mengandungi epal
Susulan itu, Alpha Genesis mengeluarkan nasihat supaya penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan untuk mengunci pintu dan tingkap.
Mereka juga diingatkan supaya tidak berinteraksi dengan monyet-monyet berkenaan.
Sebaliknya penduduk digesa menghubungi 911 dengan segera sekiranya ternampak atau terserempak dengan kumpulan monyet yang terlepas itu.
“Haiwan ini sangat sensitif dan mudah terkejut. Jadi kami menasihatkan agar orang ramai menghindari kawasan hutan berdekatan,” kata jurucakap polis kepada NBC News.
Dalam pada itu, Alpha Genesis memberitahu pihak berkuasa bahawa monyet-monyet yang terlepas adalah monyet betina muda yang mempunyai berat kira-kira 3.2 kilogram.
Monyet-monyet itu pula masih terlalu muda untuk membawa sebarang penyakit.
Kes yang sama pernah berlaku pada tahun 2022
Dalam pada itu, NBC News melaporkan bahawa ini bukan kes pertama melibatkan haiwan yang digunakan untuk kajian terlepas dari fasiliti Alpha Genesis.
Pada 2022, sebanyak 11 ekor monyet turut dilapor berjaya meloloskan diri dari kemudahan penyelidikan syarikat tersebut.
Alpha Genesis dilapor membiak spesis monyet berkenaan dan membekalkan “produk primat bukan-manusia dan perkhidmatan bio-kajian”.
Ujian klinikal yang dijalankan syarikat tersebut termasuklah kajian terhadap gangguan otak progresif.
@abcworldnews At least 43 monkeys are on the loose after escaping a research facility in Beaufort County, South Carolina. Authorities said there’s no health risk to humans and urges residents to lock their doors and windows. David Muir reports. #researchlab #monkeys #escape #southcarolina #abcnews #abcworldnewstonight
BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan
BACA: Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair
Sumber: NBC News