Siakap Keli
Punca kereta terbakar
Gambar Hiasan

Ini 5 Punca Kereta Boleh Terbakar, No. 5 Ramai Yang Pandang Remeh

Ini 5 Punca Kereta Boleh Terbakar, No. 5 Ramai Yang Pandang Remeh

Korang pernah tak berada dalam situasi di mana tiba-tiba nampak kereta yang tengah bergerak kat lebuhraya terbakar?

Memang seram, kan? Kalau tak pernah tengok depan mata pun, mesti korang pernah dengar kes macam ni berlaku.

Bukan je bahaya, tapi juga boleh mengancam nyawa.

Tapi pernah tak korang terfikir, apa sebenarnya punca kereta boleh terbakar?

Benda ni penting untuk kita tahu supaya kita boleh ambil langkah berjaga-jaga dan elak perkara ni terjadi kat kita atau orang terdekat.

Jadi, SK kali ni nak kongsi 5 punca utama yang boleh menyebabkan kereta korang terbakar, dikongsikan oleh pengguna TikTok, @kkautomoto.

1. Kebocoran sistem bahan api

Petrol dan diesel memang keperluan penting untuk hidupkan enjin kereta.

Tapi kalau ada kebocoran pada sistem bahan api, ia boleh menyebabkan kereta korang mudah terbakar atau lebih teruk, meletup.

2. Enjin terlalu panas (overheating)

Enjin yang terlalu panas sering berpunca daripada masalah pada sistem penyejukan, seperti kebocoran radiator atau pam air rosak.

Bila enjin terlalu panas, ia boleh buat cecair mudah terbakar jadi lebih reaktif dan mula menyala. Ini juga boleh sebabkan kebakaran.

3. Masalah aksesori kereta

Siapa yang tak suka hias kereta, kan? Tapi, kalau aksesori macam dashcam atau lampu LED dipasang tak betul, ia boleh menyebabkan litar pintas dan mungkin kebakaran.

Selain tu, elak aksesori yang tak ada kelulusan atau bukan tulen sebab ia bukan je tak selamat, malah berpotensi buat kereta korang terbakar.

4. Kesan kemalangan

Pelanggaran teruk boleh merosakkan bateri, alternator dan komponen-komponen lain, menyebabkan percikan api.

Bila ada percikan api bercampur dengan bahan api yang bocor, kebakaran boleh berlaku.

Geseran atau kerosakan elektrik akibat kemalangan pun boleh mencetuskan kebakaran dalam sekelip mata.

5. Bahan mudah terbakar dalam kereta

Benda yang nampak remeh pun boleh jadi punca. Contohnya, botol plastik berisi air boleh memancarkan cahaya matahari dan menyebabkan haba tinggi.

Pemetik api pula kalau dibiarkan dalam kereta yang panas, ada potensi untuk meletup.

Pastikan benda-benda macam ni tak dibiarkan dalam kereta bila cuaca panas.

Semoga perkongsian ni dapat bantu korang faham dan elak kejadian tak diingini berlaku. Beringat sebelum kena, okay?

BACA: Ini 3 Risiko Kerap Cas Telefon Dalam Kereta

BACA: 8 Punca Kereta Rasa Semput Bila Tekan Minyak, No.3 Mungkin Ada Yang Perasan

BACA: Rupa-Rupanya Senang Je Nak Hilangkan Bau Hapak Dalam Kereta

Sumber: KK AutoMoto via TikTok

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.