Ini 3 Risiko Kerap Cas Telefon Dalam Kereta
Pernah tak korang berada dalam situasi yang sangat memeningkan di mana bateri telefon korang habis tengah-tengah perjalanan jauh?
Lagi-lagi kalau masa tu powerbank pun lupa nak bawa, dan korang pula sangat perlukan telefon untuk guna Waze.
Memang rasa stres kan, sebab telefon sekarang ni dah jadi benda wajib ada, terutama bila kita tengah dalam perjalanan.
Kalau dah terdesak, pilihan terakhir yang boleh dibuat adalah mengecas telefon guna USB port yang ada dalam kereta.
Memang boleh buat sekali-sekala. Tapi korang tahu tak, kalau jadi kebiasaan, ia boleh membawa risiko yang boleh merosakkan kereta dan juga telefon bimbit korang.
Hari ni, SK nak kongsikan tiga risiko utama yang boleh berlaku bila kita cas telefon guna USB port kereta, seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @altimatsaujana.
1. Bateri kereta cepat habis
Mungkin ramai tak tahu, tapi kalau korang kerap cas telefon dalam kereta tanpa menghidupkan enjin, ia boleh menyebabkan bateri kereta korang ‘kong’.
Kenapa? Sebab arus elektrik akan terus ditarik daripada bateri kereta untuk cas telefon.
Kalau dilakukan berulang kali, bateri kereta akan jadi semakin lemah dan lama kelamaan ia tidak lagi berfungsi dengan baik.
2. Port pengecasan rosak
Setiap kali korang sambungkan kabel USB untuk cas telefon, perbuatan mencabut dan memasang kabel ini boleh menyebabkan port pengecasan di dalam kereta jadi longgar.
Lama kelamaan, arus elektrik tidak dapat dihantar dengan sempurna kepada telefon.
Port yang rosak ini juga boleh menyebabkan masalah lain seperti telefon yang tidak dapat dicas dengan betul, atau mungkin tiada arus elektrik langsung masuk ke dalam telefon.
3. Telefon rosak
Masalah lain yang biasa berlaku ialah telefon yang menjadi panas semasa mengecas. Ini biasanya berlaku kalau telefon ‘overcharge’, atau kalau kita terus guna telefon tu untuk main game, tengok video atau buat video call semasa sedang mengecas.
Lagi parah kalau kita guna adapter pengecas yang salah, sebab telefon biasanya memerlukan pengecas 5V, tapi banyak port dalam kereta menggunakan 12V.
Walaupun kerosakan ini tidak akan berlaku serta-merta, ia akan merosakkan telefon secara perlahan, bermula dengan ‘kesihatan’ bateri yang semakin merosot.
Dalam pada itu, ada risiko lain juga yang boleh mengancam keselamatan korang dan penumpang di dalam kereta.
Bila telefon jadi panas semasa pengecasan, ia boleh menyebabkan gangguan dalam sistem elektrik kereta atau masalah keselamatan lain yang boleh mengganggu perjalanan.
@altimatsaujana Kerap cas telefon dalam kereta ?! Kereta boleh rosak !! #bengkel #bengkelrepairkereta #bengkelkereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelkeretasungaibuloh #aircond #automotif #automotivemalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #bengkelservicekereta #bengkelserviceaircondkereta #airconditioner #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotifmalaysia
♬ original sound – Altimat Saujana Utama – Altimat Saujana Utama
Jadi, penggunaan pengecas telefon dalam kereta ni sebenarnya tak boleh diambil ringan. Ia perlu dilihat sebagai langkah terakhir, hanya apabila terdesak dan tiada pilihan lain.
Jika boleh, cuba bawa power bank sebagai persediaan atau cas telefon sebelum memulakan perjalanan.
Ingat, walaupun nampak remeh, kebiasaan mengecas telefon di dalam kereta boleh mendatangkan masalah jangka panjang pada kereta, telefon dan keselamatan korang.
Jadi, ‘lebih baik mencegah daripada mengubati’. Semoga bermanfaat.
BACA: Rupa-Rupanya Senang Je Nak Hilangkan Bau Hapak Dalam Kereta
BACA: 6 Punca Bateri Kereta Cepat Habis
BACA: Bukan Biasa-Biasa, Macam Ni Rupanya ‘Rupa’ Passport Malaysia Bawah UV Light
Sumber: Altimat Saujana Utama via TikTok