Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Wanita Dalam Peti Sejuk

Iqbal Yasir
lelaki mayat dalam peti sejuk
Gambar: Bernama

Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Wanita Dalam Peti Sejuk

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Seorang lelaki ditahan susulan penemuan mayat seorang wanita dalam peti sejuk di sebuah rumah di Taman OUG dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan pada 8.48 pagi sebelum lelaki warga tempatan berusia 53 tahun itu ditahan.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi talian utama Polis Kuala Lumpur 03-2115999 atau talian utama Polis Brickfields 03-22979222 atau balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Bukan Level ASEAN”, PSSI Impi Perlawanan Persahabatan Dengan Gergasi Eropah

BACA: Pelakon Terkenal Song Jae Rim Meninggal Dunia Pada Usia 39 Tahun