Siakap Keli
Song Jae Rim Meninggal Dunia
Gambar: Soompi

Pelakon Terkenal Song Jae Rim Meninggal Dunia Pada Usia 39 Tahun

Pelakon Terkenal Song Jae Rim Meninggal Dunia

SEOUL — Pelakon Korea Selatan, Song Jae-rim dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun, lapor Koreaboo.

Menurut media tempatan melaporkan, Jae-rim ditemui sudah tidak bernafas pada tengah hari tadi.

Balai Polis Seongdong mengesahkan bahawa Song Jae Rim ditemui mati di apartmennya di Daerah Seongdong.

Menurut jurucakap, mangsa ditemukan bersama sepucuk surat di tempat kejadian.  Hasil pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

Setakat ini, masih tiada maklumat lanjut yang dikeluarkan oleh agensi mengenai punca kematiannya.

Dalam pada itu, proses pengebumian mendiang akan dilangsungkan pada Khamis ini.

Biodata Song Jae-rim

Untuk makluman, Song Jae-rim dilahirkan pada tahun 1985. Mendiang memulakan debut dalam industri seni menerusi filem Actresses pada 2009.

Namanya semakin dikenali ramai apabila pernah membintangi beberapa drama Korea (K-drama) popular seperti The Moon Embracing the Sun, Our Gabsoon dan We Got Married, Two Weeks, Unkind Ladies, dan yang terbaru Queen Woo.

Sumber: Koreaboo, Soompi

BACA: “Bukan Level ASEAN”, PSSI Impi Perlawanan Persahabatan Dengan Gergasi Eropah 

BACA: Lelaki Disyaki Bunuh Ibu, Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021

BACA: Pelakon Terkenal Drama Korea, Kim Soo Mi Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.