Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Gambar: AFP

“Bukan Level ASEAN”, PSSI Impi Perlawanan Persahabatan Dengan Gergasi Eropah 

Iqbal Yasir

“Bukan Level ASEAN”, PSSI Impi Perlawanan Persahabatan Dengan Gergasi Eropah

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kini dalam usaha merealisasikan aksi persahabatan antarabangsa Indonesia dengan beberapa gergasi Eropah, lapor BolaSport.

Presiden PSSI Erick Tohir berkata, langkah itu bagi meningkatkan kualiti bolasepak skuad Garuda dengan menentang pasukan di ranking yang lebih tinggi.

Tambahnya, prestasi pasukan merah putih itu kini semakin meningkat “on form”.

“Pasukan kebangsaan Indonesia kami sudah berada dalam kelas tersendiri, tidak seperti sebelum ini.

“Kami telah menentang pasukan seperti Jepun, Arab Saudi dan Australia. Oleh itu, keselamatan dan keselesaan harus dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas mengenai tahap keselamatan dan keselesaan penyokong.

Belanda, Sepanyol, dan Portugal Sasaran PSSI

“Agenda kami di masa akan datang adalah untuk menjemput beberapa lagi pasukan lain.

“Jika sebelum ini kita sudah menentang Argentina, jadi adalah tidak mustahil untuk kita menjemput pasukan pasukan besar yang lain seperti Belanda, Sepanyol, dan Portugal datang.

“Jadi jika mahu menang ke atas pasukan kuat, kita harus memiliki kualiti yang baik,” maklum Erick Thohir lagi.

Asnawi “Tackle” Garnacho

Gambar: Antara

Sebelum itu, skuad kebangsaan Indonesia telah berdepan dengan juara 3 kali Piala Dunia, Argentina di Stadium Gelora Bung Karno pada Jun 2023.

Dalam aksi persahabatan tersebut, pemain bek kanan Asnawi Mangkualam menjadi perhatian ramai selepas berjaya ‘poket’ pemain sayap Manchester United, Alejandro Garnacho.

Lambakan Pemain Warisan

Indonesia kini diperkuat dengan beberapa barisan pemain warisan dari liga eropah dan masih bersaing dalam Pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2026.

Skuad itu dijadualkan menentang pasukan Samurai Biru pada 15 November ini dan Arab Saudi pada 19 November.

Sumber: BolaSport.com

BACA: FIFA Keluarkan 4 ‘Penalti’ Termasuk Denda Terhadap Pasukan Indonesia

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA: Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Tingkap Pesawat Berbentuk Bujur