Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tingkap pesawat bujur
Kredit: Bernama

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Tingkap Pesawat Berbentuk Bujur

Azizah Najib

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Tingkap Pesawat Berbentuk Bujur

Peluang menaiki pesawat sama ada untuk bercuti mahupun atas urusan kerja merupakan peluang yang tidak selalu datang. Tambah pula jika dapat tempat duduk di tepi tingkap.

Pengalaman melihat daratan dan lautan dari atas langit itu pasti terpahat dalam kenangan hingga ke hari tua.

Ketika menjenguk ke luar tingkap, atau juga ketika melihat ke arah pesawat, pernahkah anda terfikir, mengapa tingkap bagi semua pesawat berbentuk bujur dan tidak bersegi? Sedangkan kebanyakan kenderaan lain mempunyai tingkap bersegi?

BACA: 33 Tahun Rakam Siaran TV, Kisah Marion Stokes Simpan 71,716 Pita Rakaman

Sebenarnya, tingkap pesawat pada asalnya memang dicipta berbentuk segi empat.

Kredit: This Day In Aviation

Namun, disebabkan berlaku banyak tragedi pesawat terhempas tanpa diketahui puncanya, syarikat penerbangan mula menyiasat untuk mencari punca sebenar.

Tahukah anda, dalam sejarah kemalangan pesawat, pesawat jenis de Havilland DH-106 Comet 1 pernah mencatatkan tiga kali kejadian kerosakan ketika di udara (in-flight break-up) dan terhempas. Ketiga-tiga kejadian ini meragut nyawa kesemua anak kapal dan penumpang, menurut laporan Federal Aviation Administration.

Setelah penyiasatan dilakukan, punca sebenar kemalangan ini berlaku disebabkan oleh tekanan udara yang berlanjutan terhadap tingkap pesawat. Tambahan pula, tingkap berbentuk segi empat yang mempunyai sudut itu secara tidak sengaja mencipta titik lemah. Ini menyebabkan berlaku keadaan yang dipanggil metal fatigue failure.

BACA: Nostalgia, Ini Rupanya Pencipta Asal Lagu “Ringtone” Ikonik Nokia

Menurut Maintenance World, metal fatigue failure merupakan istilah bagi menggambarkan kegagalan tak terjangka bahan logam yang disebabkan oleh keretakan yang meningkat ketika ia digunakan.

Dengan menggunakan tingkap berbentuk bujur yang tidak bersegi, tekanan udara tadi dapat disebarkan secara sama rata di semua permukaan tingkap. Jadi, tidak ada titik lemah yang menyebabkan berlaku metal fatigue failure.

Disebabkan hasil penyiasatan dan kajian ini, kini semua syarikat pengeluar pesawat menghasilkan tingkap pesawat berbentuk bujur.

BACA: Tip Tanam Sayur Dalam Botol & Cawan Agar Tumbuh Subur

Sumber: How Stuff Works, Mental Floss, This Day In Aviation, Federal Aviation Administration, Maintenance World,