Siakap Keli
tips tanam sayur
Kredit: Hyeyoe Moham

Tip Tanam Sayur Dalam Botol & Cawan Agar Tumbuh Subur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tip Tanam Sayur Dalam Botol & Cawan Agar Tumbuh Subur

Sayur-sayuran antara sumber makanan yang penting bagi mendapatkan nutrisi yang mencukupi. Setiap hari, kita perlu sekurang-kurangnya tiga sajian sayur-sayuran seperti yang dicadangkan dalam Piramid Makanan Malaysia 2020.

Namun begitu, dengan kos sara hidup yang meningkat dan kesukaran mendapatkan bekalan sayur yang segar kadang-kala menjadi penghalang buat sebahagian daripada kita mendapatkan nutrisi secukupnya.

Bagi mengatasi masalah ini, SK ingin kongsikan kepada anda beberapa tip mudah yang boleh dilakukan supaya bekalan sayur-sayuran di rumah sentiasa ada dan segar.

BACA: Perhati Sebelum Beli, Ini Tip Pilih Buah Mangga Ranum & Manis

Seorang lelaki berkongsi di kumpulan Facebook Kebun Tepi Rumah tip menanam pokok sayur sawi di dalam cawan. Cara ini tidak memerlukan tanah yang banyak, malah tidak perlu kepada penggunaan batas kebun. Jadi, ia memang sesuai dicuba biarpun laman rumah anda hanya sekangkang kera.

Ketika dihubungi SK, Hairul memaklumkan bahawa dia mula bercucuk tanam menggunakan cara ini pada bulan Mei lalu.

“Benih yang disemai bercambah dalam tempoh empat hingga tujuh hari. Jika benih tersebut dalam keadaan baik. Tuaian untuk pokok seperti sawi lima hingga lapan kali tuaian. Sekali sekala saya beri kepada jiran,” katanya.

Lelaki tersebut turut berkongsi petua bagi mendapatkan tuaian sawi beberapa kali.

“Sawi boleh dituai dua hingga tiga kali jika diambil dari batang daun dan tinggalkan pucuk untuk terus mengeluarkan daun baru. Jika diambil dari pangkal batang utama sekali sahaja tuaian dan perlu ditanam benih yg baru,” tambahnya.

BACA: Tiada Bubuk Berani Singgah, Ini Tip Simpan Beras Agar Tahan Lama

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, beberapa perkara perlu diambil kira.

“Pokok besar dan segar bergantung kepada tempat, media tanam dan baja. Siraman pula bergantung kepada cuaca. Sentiasa pastikan media tanam sentiasa lembab,” ujarnya lagi.

Menurutnya, tanah yang digunakan ialah tanah campuran, serta taburan baja bagi mendapatkan sayur yang segar dan tumbuh elok. Tambahnya lagi, benih, tanah dan baja dibeli secara dalam talian.

“Tanah yang digunakan tanah campuran topsoil atau tanah merah, tanah hitam, tanah organik dan juga cocopeat dicampur semua sekali.

“Baja pula tinja ayam untuk tanaman seperti sayur-sayuran jenis berdaun. Sama ada diaduk dalam air untuk siraman supaya cepat meresap oleh pokok atau boleh juga ditabur mengikut sukatan bergantung usia pokok.

“Pokok tanaman jenis berbuah baja campuran seperti baja penggalak akar, tinja ayam atau kambing dan baja kalsium nitrat boron diaduk dlm air untuk siraman,” katanya.

Selain menanam sayur sawi, Hairul turut berkongsi tanaman pokok cili yang dibuat secara hidroponik.

BACA: Elak Ditipu, Ini Persediaan Sebelum Renovasi Rumah

Kredit: Hyeyoe Moham

“Siapa tak ada tanah boleh la tiru. Kalau cili ni letak terus air baja dalam balang pastu nampak kering tambah je. Tak payah siram. Tanah tu jangan bagi terendam dengan air baja nanti membusuk akar. Saya buat macam ni, guna tali mop je. Air tu biar paras-paras kepala botol,” jelasnya.

Kredit: Hyeyoe Moham

Bagi anda yang ingin mencuba menanam pokok berdaun yang lebih ‘manja’ dan susah dijaga, boleh juga ikuti petua yang dikongsi.

Sebagai permulaan, gunakan biji benih dan bukan keratan batang untuk dapatkan pokok yang lebih tahan lasak dan elakkan dari pokok terkena cahaya matahari secara terus.

“(Daun sup) ni (tanam) biji benih tahan lasak. Tak boleh banyak air, (nanti) mati. Nak siram, (siram) tepi je. Jangan bagi kena tunggul akar. Kalau boleh, lembabkan tanah dah cukup.

“Kalau nak semai biji, cuba guna peatmoss campur tanah sikit-sikit atau peatmoss sahaja. Lepas tu tunggu keluar empat hingga lima daun keluar baru alih. Masa semai jangan siram, sembur air je dah cukup,” kongsinya.

BACA: 10 Petua Hilangkan Bau Hanyir Lepas Siang Ikan

Menurutnya, bagi penanaman pokok daun sup, baja tahi ayam digunakan dalam jumlah yang sedikit.

“Kacau dalam air lepas tu siram bahagian tepi, bagi lembap je,” katanya lagi.

Selain daripada petua menanam sawi dan daun sup, Hairul turut berkongsi petua menanam pokok tembikai dari keratan batang.

“Keratan tembikai perlu diambil bahagian batang yang sihat, berdaun dan mempunyai tunas atau pucuk untuk terus membesar.

“Akar mestilah di rendam bahagian batang yang mempunyai ruas daun tembikai untuk akar keluar dengan cepat melalui ruas-ruas batang dalam tempoh tujuh hingga 10 hari. Ruas batang daun yang hendak direndam dibuang daunnya supaya tidak membusuk,” pesannya.

Sumber: Hyeyoe Moham, Kementerian Kesihatan Malaysia

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: